suria

Ruhainies terlepas cakap, berdebar umum berita gembira - “Saya pun layak bahagia!”

TIADA angin tiada ribut... tiba-tiba pelakon Ruhainies memaklumkan bakal mengumumkan berita gembira tidak lama lagi.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus perkhabaran baik yang ingin dikongsi itu, Ruhainies, 28, berkata pengumuman itu pasti mengejutkan ramai pihak.

"Saya ada sesuatu untuk kongsi dengan anda semua, harap-harap berita baik ini untuk semua... ini bukan lakonan tau! Saya akan kongsi dalam masa terdekat, tunggu ya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tak suka kena paksa kahwin, tunggu petunjuk Allah - “Kita bukan kahwin untuk bercerai!”

"Kahwin? Saya tak cakap ya atau tidak... tapi why not? Korang ni kalau berita baik je fasal kahwin. Gementar pula kita, terlepas cakap," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies memberitahu drama lakonannya berjudul Cukup Derita Itu yang sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 akan ditunda tayangannya selepas episod ke-20 kerana masih belum selesai penggambaran.

Selain Ruhainies, drama itu turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Jasmin Hamid dan Chacha Maembong.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi