suria

Selepas Haqiem Rusli... kali ini Azzam Sham pula umum dah ‘ready’ kahwin Sheryl Shazwanie

PENYANYI Azzam Sham berkata dia dan Sheryl Shazwanie sudah bersedia melangkah ke fasa baharu perhubungan mereka.

Menurut Azzam atau nama sebenar Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

"Semua dah tahu hubungan kami, jadi kita rancang untuk teruskan ke fasa baharu selepas ini. Saya mohon peminat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin terbuka kongsi kisah cinta, Azzam Sham tak takut hilang peminat - “Sheryl sangat istimewa dalam hidup saya”

"Kami sudah bersemuka dengan keluarga masing-masing... bagi saya kahwin ini perkara serius, tak boleh buat main-main.

"Keluarga pun dah bagi green light... mengikut perancangan tahun depan InsyaAllah kalau ada rezeki," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selepas kejayaan lagu Cinta Jangan Pergi, Juara Big Stage 2020 ini berkata dia bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Baby Bambam.

Azzam bagaimanapun berkata lagu tersebut yang sepatutnya dilancarkan baru-baru ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Sepatutnya selepas raya kami jalani penggambaran untuk video muzik (MV) tapi sebabkan PKP tak boleh nak teruskan.

"InsyaAllah lagu ini akan dilancarkan pada Julai atau Ogos nanti, saya akan maklumkan kepada peminat! Tak sabar nak dengarkan pada semua," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi