suria

Semakin terbuka kongsi kisah cinta, Azzam Sham tak takut hilang peminat - “Sheryl sangat istimewa dalam hidup saya”

Azzam kini lebih terbuka berkongsi mengenai hubungannya dengan Sheryl.

PENYANYI Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hashim, 23, semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi Sheryl Shazwanie.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lelaki idaman wanita, Azzam Sham terharu Sheryl Syazwanie terima kekurangannya - “Saya bukan jenis yang gentleman”

Menurut Azzam, dia tidak berasa bimbang akan kehilangan populariti dengan pendedahan itu kerana mengetahui peminat sentiasa menyayangi mereka.

Kalau ada jodoh saya dengan dia... saya tidak akan menolak.

AZZAM SHAM

PENYANYI

"Sheryl selalu ada untuk saya dan dia juga sudah seperti keluarga saya. Masa saya di Big Stage, memang setiap minggu dia datang beri semangat sama seperti peminat saya juga.

"Memang saya akui Sheryl seorang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Pengakuan saya ini tak menghalang untuk peminat sentiasa menyokong kami.

"Peminat Sheryl sayang dia dan begitu juga dengan peminat saya yang sayang saya. Jadi, tak perlu saya nak takutkan," kata Azzam kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 11 September lalu, juara Big Stage musim ketiga ini mengakui dia menyayangi Sheryl yang menerima dirinya serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut.



Azzam terima jodohnya dengan Sheryl.

Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu Perasaan itu.

Dalam pada itu, Azzam memberitahu dia tidak akan menolak sekiranya mereka berdua dijodohkan untuk menjadi suami isteri namun masih belum ada perancangan ke arah itu.

"Kalau ada jodoh saya dengan dia... saya tidak akan menolak. Benda baik kan tapi saya belum ada perancangan ke arah itu. Jauh lagi perjalanan kami berdua.

"Saya dan dia masih nak bina karier kami dalam industri. Tapi Insya-Allah... apa salahnya (kahwin)," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain