suria

Bukan lelaki idaman wanita, Azzam Sham terharu Sheryl Syazwanie terima kekurangannya - “Saya bukan jenis yang gentleman”

Azzam akui dia menyayangi Sheryl.

MESKIPUN tidak pernah mengesahkan hubungan cinta dengan Sheryl Shazwanie namun peserta program Big Stage 2020 iaitu Azzam Sham mengakui dia menyayangi penyanyi tersebut.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23, berkata Sheryl memahami dirinya yang serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheryl Shazwanie mengaku lama simpan perasaan terhadap Azzam Sham - “Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia”

Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu Perasaan itu.



Sheryl datang ke konsert mingguan Big Stage untuk sokong Azzam.

"Kalau orang tanya, saya akan cakap kami teman rapat. Kami dah lima tahun kenal. Saya sayangkan Sheryl dan dia sangat istimewa di hati saya.

"Dia seorang penyayang dan paling penting dia sangat memahami saya. Bagi saya, susah nak cari perempuan yang faham perasaan lelaki. Saya ni banyak kekurangan dan penakut.

"Rasanya perempuan tak suka lelaki macam saya ni. Saya bukan jenis yang gentleman atau manly. Saya lelaki yang biasa-biasa saja. Saya rasa bertuah mempunyai teman rapat yang menerima saya seadanya," katanya kepada mStar.

Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. doakan yang terbaik buat kami ya!

AZZAM SHAM

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 9 Mei lalu, Sheryl mengakui dia mula menyimpan perasaan terhadap Azzam Sham sejak penyanyi itu menyertai realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil.

Menurut Sheryl atau nama sebenarnya Sheryl Shazwanie Shamsulbahri, 23, hubungan mereka mula rapat selepas masing-masing berada di bawah syarikat pengurusan sama sejak lima tahun lalu.

Malah, Sheryl juga datang ke konsert mingguan Big Stage 2020 yang berlangsung setiap Ahad di Pusat Kovensyen Antarabangsa (PICC) untuk memberi sokongan kepada Azzam.



Azzam belum terfikir untuk berkahwin.

Ditanya mengenai perancangan membawa hubungan mereka diperingkat yang lebih serius, Azzam menjelaskan dia belum memikirkan perkara itu namun berharap peminat mendoakan yang baik sahaja.

"Setiap minggu dia datang ke konsert Big Stage untuk menyokong saya. Kepada Sheryl, terima kasih kerana tidak pernah lelah untuk memberi semangat dalam apa jua yang saya lakukan.

"Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. doakan yang terbaik buat kami ya!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain