suria

Kini bergelar jutawan, Hafiz Hamidun pernah lalui fasa kesusahan - “Kereta kena tarik, makan mi segera sebab tiada duit”

Hafiz masih perlu bekerja keras untuk melunaskan komitmen.

BERGELAR jutawan bukanlah alasan untuk penyanyi Hafiz Hamidun ‘goyang kaki’, dia tetap perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaannya kini.

Menurut Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 36, selain melalui fasa jatuh bangun dalam perniagaan dia juga perlu melunaskan pelbagai komitmen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun lebih sensitif sejak jadi bapa - “Awal tu kekok sikit tapi lama-lama tiada masalah”

"Saya tak nafikan tapi bukanlah untuk berbangga. Saya rendah diri sebab saya pun masih bekerja. Kalau orang kata jutawan yang tak payah kerja, saya pun kalau boleh nak macam itu.



Hafiz Hamidun membuat pelaburan hartanah.

"Tapi saya tetap kena kerja juga setiap hari, saya ada waktu jatuh dan bangun. Saya bukan hanya buat muzik saja, tapi saya ada buat investment dan saya juga ada beli property.

"Lagipun saya berniaga dan ada tanggungjawab, kena fikir tentang staff, bayar zakat dan cukai. Bukan nak kata kita ni kaya raya," kata Hafiz kepada mStar.

Hafiz ditemui ketika sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih di pejabat Universal Music Malaysia, Menara Symphony, Petaling Jaya pada Khamis.

Pernah juga kereta yang saya baru beli tapi lepas itu tak ada duit nak bayar.

HAFIZ HAMIDUN

KOMPOSER & PENYANYI

Dalam pada itu, Hafiz mendedahkan dia pernah melalui fasa kesusahan ketika awal pembabitannya dalam bidang seni sekitar 2004 hingga 2005.

"Saya sudah lalui fasa kesusahan sebelum ini. Masa awal pembabitan saya dalam bidang seni, saya pernah la hanya tinggal RM1 dalam dompet dan ketika itu saya nak pergi rumah kakak dekat Cheras.



Hafiz lalui fasa kesusahan ketika awal pembabitannya dalam bidang seni.

"Tapi nak kena lalu tol yang RM1.10... duit tak cukup ini sebab memang tinggal betul-betul seringgit. Saya ambil keputusan pergi kedai, beli mi segera yang harga RM0.80 dan balik rumah, makan itu saja sambil tengok TV.

"Menitis juga air mata saya waktu itu. Pernah juga kereta yang saya baru beli tapi lepas itu tak ada duit nak bayar. Waktu itu hanya ada duit untuk makan saja. Dua bulan tak bayar, terus kena tarik.

"Sebab itu, saya bekerja keras untuk capai kehidupan sekarang ini. Saya memahami keadaan generasi muda yang berdepan masalah kewangan tapi apa yang penting, kena rajin berusaha," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain