suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dari bintang Nickelodeon, Aaron Carter beralih jadi pelakon porno!

Aaron mempromosikan aksinya di sebuah laman web porno.

BINTANG yang popular era 90-an, Aaron Carter dilaporkan kini memulakan kerjaya sebagai pelakon filem porno.

Aaron yang juga adik kepada Nick Carter itu memuat naik video seks di laman pornografi CamSoda.

Menerusi keterangan laman web itu, Aaron menampilkan adegan-adegan yang hanya melibatkan dirinya sahaja.

Malah, perkara itu diakui Aaron yang mempromosikan perkara itu di laman Instagramnya.

"Ini adalah kali pertama aku melakukannya! Tonton secara langsung di CamSoda" tulisnya.

Penyanyi dan pelakon itu melakukan aksi sebagai sebagai sumber pendapatannya sepanjang pendamik Covid-19.

Seperti dipetik Metro, siaran langsung pada Jumaat lalu itu menampilkan Aaron Carter berada di bilik mandi dan merakam aksi tersebut.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Crush On You itu dilihat tampil tanpa busana di tempat tidur sambil bermain gitar.

Selain itu, menerusi Page Six, wakil Aaron Carter memberitahu penyanyi itu juga bertindak menggoda penontonnya.

Keputusan menjadi bintang porno adalah mengikut jejak tunangannya Melanie Martin yang terlebih dahulu memulakan kerjaya itu.

Sementara itu, peminat-peminatnya meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan bintang pop itu.

Aaron Carter memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia tujuh tahun apabila popular sebagai bintang Nickelodeon.

Dia juga aktif sebagai pelakon dengan terlibat dengan persembahan muzikal Broadway.

Aaron aktif menerbitkan album sehingga tahun 2018 menerusi album terakhirnya bertajuk Love.

Namun selepas lama menyepi, Aaron mengejutkan dunia hiburan apabila memilih kerjaya baharu sebagai bintang filem porno.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain