suria

Penyanyi Sandra meninggal dunia selepas 6 hari bertarung nyawa di ICU

Sandra disahkan meninggal dunia pagi Jumaat.

SELEPAS kira-kira enam hari bertarung nyawa dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih koma dan kritikal, ibu rayu pulangkan telefon bimbit Sandra Dianne - “Saat ini dia perlukan doa tulus ikhlas daripada peminat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sandra terlibat kemalangan jalan raya, terima rawatan di wad kecemasan - “Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor”

"Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne meninggal dunia pada di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat."

"Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap," ujar Veea Norman.



Sandra mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.

Jenazah akan dibawa pulang dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah.

Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian 2.30 petang pada 5 September lalu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya dikatakan hilang kawalan lalu melanggar sisi kiri sebuah Nissan Almera yang berada di hadapannya.

Ketika itu mereka dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sesi latihan rancangan Big Stage terbitan Astro.

Akibat kemalangan tersebut Sandra berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU, Hospital Putrajaya sehinggalah dia meninggal dunia pada Jumaat.

Dalam pada itu individu bersamanya dalam kereta ketika kemalangan dirawat di wad biasa hospital itu dan berada dalam keadaan stabil.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain