suria

Selepas tampil dengan fesyen unik, Aina Abdul mahu cuba genre drama dalam MV akan datang

Aina Abdul mahu jadi anak seni yang berkonsep.

TAMPIL dengan pelbagai fesyen pelik, penyanyi Aina Abdul mengakui gemar bereskperimentasi menerusi lagu-lagu baharunya.

Tidak hanya fesyen, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, berkata dia juga akan sentiasa memberikan kelainan dalam lagu dan muzik yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul berdebar tunggu Ernie Zakri, Elly Mazlein - “Orang nasihat hati-hati kerja dengan penyanyi lama, mereka sukar berkomunikasi”

"Saya akan tengok dulu kalau sesuatu fesyen tu sesuai ke tak dengan saya. Saya pun tak berapa nak tinggi jadi saya nak fesyen tu nampak elok la.

"Tapi disebabkan saya dah keluarkan dua karya iaitu Sumpah dan Maybe/Kelip2 dengan fesyen begitu, tak semestinya saya akan bereksperimen dengan fesyen lagi lepas ni," katanya kepada mStar.

Saya akan tengok dulu kalau sesuatu fesyen tu sesuai ke tak dengan saya.

AINA ABDUL

PENYANYI

Kata Aina, dia mahu dikenali sebagai seorang artis yang mempunyai konsep tersendiri terutama dalam persembahan yang diberikan.

Bagaimanapun, menurut Aina, dia juga berhasrat mahu tampilkan kelainan dalam muzik video akan datang dalam bentuk lakonan drama pula.

"Apa yang saya cuba tampilkan adalah saya teringin nak menjadi seorang anak seni yang mempunyai konsep.

"Mungkin video muzik yang seterusnya saya akan berlakon drama, atau perubahan karya baru akan dilihat dari segi muzik," ujarnya.



Aina Abdul pernah mencetuskan kontroversi dengan persembahan Sumpah AJL34 pada Februari lalu.

Video muzik terbaharu Aina iaitu Maybe/Kelip2 mendapat pelbagai reaksi netizen apabila menampilkan konsep fesyen unik dan mempunyai makna tersirat.

Sebelum ini, nama Aina Abdul turut menjadi perbualan netizen apabila membawa konsep bunuh diri dalam persembahannya untuk single Sumpah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) pada 9 Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain