suria

Tidak mahu dibayangi bapa, Yamani buang nama Abdillah - “Saya rasa tertekan dan serabut juga”

Yamani akui pada mulanya dia berasa tertekan kerap dibandingkan dengan bapanya.

ANAK kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah mengakui dia pernah berasa tertekan kerana kerap dibandingkan dengan bapanya.

Yamani, 19, berkata, biarpun kini sudah lali dengan perkara itu, namun dia memilih untuk tidak lagi membawa nama 'Abdillah'.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada identiti punca Yamani Abdillah tersingkir Big Stage 2020 - “Kasihan orang asyik bandingkan awak dengan bapa”

"Masa awal-awal tu, saya ada rasa tertekan dan serabut juga tapi lama-kelamaan saya sudah lali. Orang tetap akan kaitkan juga selagi nama saya ada 'Abdillah'.



Yamani bersama bapa, adik dan ibu tirinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin.

"Insya-Allah kali ini, saya tidak akan gunakan nama itu lagi. Saya akan gunakan nama Yamani saja.

"Mungkin orang nak tengok saya berubah. Jadi, saya akan lakukan benda itu (tidak menggunakan nama bapa)," kata Yamani kepada mStar.

Yamani ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert Big Stage 2020 minggu keempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini.

YAMANI

PENYANYI

Pada malam konsert mingguan tersebut, Yamani yang menyanyikan lagu Mimpi Laila mendapat markah paling rendah menyebabkan dia tersingkir.

Menurut juri tetap iaitu penyanyi Dayang Nurfaizah, Yamani perlu mencari identiti sendiri memandangkan segelintir pihak gemar membandingkan antara dia dan bapanya.

Dalam pada itu, Yamani memberitahu dia tetap akan menghasilkan lagu seperti bapanya namun membuat perubahan dari segi muzik yang lebih moden.



Tidak mempunyai identiti sendiri menyebabkan Yamani tersingkir pada konsert Big Stage 2020 minggu keempat.

"Saya dah cuba cari identiti sendiri... tak tahu nak cakap macam mana. Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini.

"Tapi saya lebih kepada genre rock dan bermain gitar. Mungkin selepas ini saya akan hasilkan lagu seperti ayah saya tapi susunan muzik yang moden," ujarnya.

Untuk rekod, Yamani merupakan anak Jamal menerusi perkahwinan keduannya dengan Noraina Mohd. Yusof pada 2001 dan bercerai pada 2002.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain