suria

Aina Abdul berdebar tunggu Ernie Zakri, Elly Mazlein - “Orang nasihat hati-hati kerja dengan penyanyi lama, mereka sukar berkomunikasi”

Aina teruja dapat menghasilkan lagu untuk Elly (kiri) dan Ernie (kanan).

JIKA sebelum ini Aina Abdul hanya mencipta lagu untuk nyanyian sendiri, namun penyanyi itu boleh mengemaskini profilnya apabila diberi peluang menghasilkan karya untuk dua selebriti terkenal iaitu Elly Mazlein dan Ernie Zakri.

Biarpun ada pihak yang menasihatinya supaya berhati-hati ketika bekerja dengan penyanyi lama kerana isu komunikasi, namun kata Aina dia tidak berhadapan masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi tak rasa nak muntah jangan berhenti menyanyi” - Aina Abdul bimbang Semalam gagal tandingi Sumpah

"Syukur, Elly dan Ernie tiada masalah dan memberi kerjasama yang baik. Ada orang menasihatkan berhati-hati bekerja dengan penyanyi lama sebab mereka sukar berkomunikasi.

Aina bimbang karyanya tidak menepati cita rasa penyanyi lain.

"Tapi Elly mahupun Ernie sangat menyenangkan. Sekarang, saya baru sahaja selesai merakamkan dan menyusun demo untuk mereka," kata Aina kepada mStar.

Penyanyi lagu Sumpah itu ditemui ketika sidang media pelancaran produk kecantikan Ali Zahraa Medina dan lagu terbaharu kumpulan Pelita Lusoh berjudul Kembara Nabawi di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini mengakui dia bimbang jika hasil karyanya tidak menepati cita rasa dua penyanyi terkenal itu.

Jika menghasilkan karya untuk penyanyi lain, saya akan pastikan ia menepati cita rasa dan kehendak mereka.

AINA ABDUL

PENYANYI

"Impian saya sejak dahulu memang nak buat untuk lagu untuk penyanyi lain. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan, tetapi saya risau jika tidak berjaya memenuhi kehendak mereka.

"Selama ini saya menghasilkan single untuk nyanyian sendiri, kalau banyak kali kena betulkan pun tidak mengapa. Jika menghasilkan karya untuk penyanyi lain, saya akan pastikan ia menepati cita rasa dan kehendak mereka.

"Sebelum nak serahkan lagu, saya akan siapkan karya dengan baik," ujarnya.

Aina bakal tampil dengan dua single dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 27 tahun itu memberitahu dia akan melancarkan dua single serentak dalam masa terdekat.

"Dua single ini agak berbeza daripada karya yang pernah diketengahkan. Sebelum ini, saya banyak mendendangkan lagu bergenre balada, tapi kali ini saya melakukan eksperimen dengan genre lebih catchy kerana mahu menarik perhatian pendengar muda.

"Jadi, dua single ini lebih ringan dan mesejnya bersesuaian dengan remaja. Satu lagu bergenre pop balada dan satu lagi berentak pop R&B," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain