suria

Sandra terlibat kemalangan jalan raya, terima rawatan di wad kecemasan - “Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor”

Keadaan di bahagian kereta Sandra selepas kemalangan.

PENYANYI dan peserta program Big Stage iaitu Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan pada Sabtu petang dan terus dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Putrajaya.

Wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Vea Norman ketika dihubungi berkata pihak mereka belum menerima maklumat penuh berhubung kemalangan tersebut.

"Ya... Sandra terlibat dalam kemalangan dan dia kini masih di wad kecemasan. Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor dan kami masih menantikannya.



Sandra masih dirawat di wad kecemasa, Hospital Putrajaya.

"Buat masa sekarang, saya belum dapat maklumat penuh macam mana kemalangan itu berlaku tapi pihak kami sedang uruskan untuk dapatkannya," kata Vea kepada mStar.

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain