suria

Sheryl Shazwanie mengaku lama simpan perasaan terhadap Azzam Sham - “Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia”

Sheryl akui sudah lama menyimpan perasaan terhadap Azzam.

TANPA berselindung penyanyi baharu Sheryl Shazwanie mengakui mula menyimpan perasaan terhadap Azzam Sham sejak penyanyi itu menyertai realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil.

Menurut Sheryl atau nama sebenarnya Sheryl Shazwanie Shamsulbahri, 23, hubungan mereka mula rapat selepas masing-masing berada di bawah syarikat pengurusan sama sejak lima tahun lalu.

"Sebenarnya saya dah lama crush dengan Azzam, sejak dia dalam rancangan realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil lagi tapi ketika itu masing-masing masih kecil lagi.

"Tapi saya tak sangka akan berjumpa dia dan berada dalam syarikat pengurusan yang sama. Kami berada dalam pengurusan yang sama sejak lima tahun lalu dan lama-kelamaan jadi semakin rapat.



Sheryl pertama kali berduet dengan Azzam.

"Apa yang membuat saya suka dan selesa dengan Azzam sebab sikap dan personalitinya. Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada Azzam," kata Sheryl kepada mStar.

Peserta program Big Stage musim kedua ini mendedahkan perkara itu menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) bersama mStar pada Jumaat.

Hubungan cinta pasangan penyanyi remaja itu sememangnya sudah diketahui umum dan kini mereka bergandingan menerusi lagu duet berjudul Jika Ini Takdirnya.

Dalam pada itu, Sheryl mengakui dia tidak mempunyai bakat dalam lakonan namun berhasrat ingin terjun dalam bidang pengacaraan sekiranya diberi peluang.



Sheryl teringin ceburi bidang pengacaraan.

"Minat pada lakonan itu tiada sebab saya sedar diri tiada bakat dalam bidang itu. Tapi saya ada juga teringin nak ceburi bidang pengacaraan.

"Tapi buat masa ini belum ada peluang lagi. Jika saya diberi peluang, teringin juga mengacara untuk program seperti Nona yang lebih formal.

"Sebelum itu, saya nak kena banyak explore dan belajar mengenai pengacaraan terlebih dahulu. Insya-Allah mana tahu ada rezeki selepas ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sheryl Shazwanie, Azzam Sham,

Artikel Lain