suria

“Saya tak pernah malu atau takut untuk hidup” - Farid Kamil yakin kebenaran akan tiba... sedia bersara jika bakat tak diperlukan

DIUJI dengan pelbagai kontroversi hangat dua tahun lalu, pelakon Farid Kamil berkata dia sama sekali tidak bimbang dengan penerimaan orang ramai terhadap kerjaya lakonannya selepas ini.

Menurut Farid, 40, kalau ditakdirkan bakatnya tidak diperlukan lagi, dia sedia untuk bersara dan mengundurkan diri daripada industri seni.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur selepas pengalaman-pengalaman yang saya alami, secara tidak langsung memberi kematangan dalam hidup saya. Ia juga memberi satu rahmat berbeza yang tidak pernah saya rasa sebelum ini.

"Saya tidak pernah rasa takut untuk hidup. Saya tidak pernah rasa malu kerana saya tahu di mana saya berdiri... kebenaran pasti akan wujud.

"Saya bersedia bersara bila-bila masa, kalau tidak diperlukan lagi apakan daya!" katanya yang turut memaklumkan sudah berlakon sebanyak 60 filem menyamai lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Farid berkongsi mengenai perkara itu semasa sidang media secara maya bagi mempromosi drama bersiri Masih Ada Rindu yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula, Rabu.

Ia turut disertai pengarahnya Osman Ali dan pelakon Dayang Areeda.

Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie ini turut menampilkan lakonan Mimi Lana, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna.

TONTON VIDEO PENUH DI YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi