suria

Zizan Razak, Kaka Azraff menangis dengar suara Ajoi Zainal… satu dewan ‘All Together Now Malaysia’ sebak - “Saya terbayang arwah ayah”

PERSEMBAHAN memukau salah seorang peserta program All Together Now Malaysia iaitu Ajoi Zainal semasa menyanyikan lagu Someone You Loved berjaya menarik perhatian 50 juri dalam pertandingan nyanyian terbaharu terbitan Astro itu.

Menurut Ajoi, 23, dia tidak menyangka persembahannya itu menerima reaksi positif juri dan penonton sehingga laman sosial miliknya dibanjiri komen pujian.

“Sebenarnya malam itu saya pun tak tahu kenapa saya boleh menangis, sebak la... bila hujung-hujung nyanyian saya terbayang arwah ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mood raya makin terasa... jom gamatkan suasana Syawal bersama insan tersayang, pasti meriah macam-macam ada di Astro!

“Di belakang pentas pun saya masih bersedih... paling tak sangka Zizan Razak yang kelakar tu pun menangis! memang tak sangka reaksi juri sampai begitu.

“Saya menyanyi kerana arwah abah... dia pernah cakap nak tengok saya jadi penghibur. Jadi saya akan terus berada dalam industri ini untuk memenuhi permintaan abah, dalam masa sama capai cita-cita saya ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan lain, Ajoi yang pernah menyertai program Mentor Milenia 2019 dan Bintang RTM 2018 ini memaklumkan jumlah pengikutnya di media sosial bertambah selepas selesai membuat persembahan pada malam Ahad itu.

“Memang beri impak positif... follower saya di Instagram naik 7,000 pengikut dan di TikTok bertambah 20,000 dalam masa kurang sehari, ” ujarnya.

TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi