suria

Mood raya makin terasa... jom gamatkan suasana Syawal bersama insan tersayang, pasti meriah macam-macam ada di Astro!

Seleksi program menarik Astro untuk tontonan anda seisi keluarga sempena lebaran kali ini.

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan stesen penyiar Astro menerusi kempen iklan raya yang begitu menyentuh hati.

Lebih sayu apabila hari raya tahun ini menjadi tahun kedua kita berjauhan dengan orang tersayang disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka Alif Satar, Elly Mazlein pun ‘kaki’ drama... Pastinya bukan calang-calang pilihan duta, jom check it out!

Bagi anda yang rindu kampung halaman, iklan kormersil (TVC) Singkap Sebalik Tingkap pasti mengubati kerinduan kepada orang tersayang yang jauh di mata.

Singkap Sebalik Tingkap mengisahkan tentang Lisa yang pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama neneknya.

Sepanjang keberadaannya di kampung, Lisa lebih mementingkan rantaian Internet daripada cuba meluangkan masa berkualiti bersama neneknya itu.

Namun, ada satu insiden yang akhirnya membawa kepada kesedaran Lisa bahawa kehadiran orang tersayang di sisi adalah lebih penting daripada alam maya yang selama ini menjadi dambaan Lisa.

Nak tahu apa insiden tersebut? Anda boleh saksikan video penuh tvc ini di YouTube Astro Gempak.

Menariknya, tvc ini menampilkan pelakon handalan Jalil Hamid serta bintang media sosial, Nelissa Emielda. Pasti akan ada satu saat, air mata anda akan menitis ketika saat menyaksikan babak meruntun perasaan dalam iklan itu nanti.

Sedutan filem Mail Totey The Movie.

Mengangkat tema Buka Lembaran Baharu, pelbagai rancangan menarik turut disajikan Astro bagi menceriakan sambutan perayaan anda sekeluarga.

Ketika negara masih lagi terikat dengan tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri, inilah masanya untuk anda luangkan masa dengan menonton program menarik ditawarkan Astro untuk hiburan maksima anda sekeluarga.

Antara rancangan hiburan menarik di saluran Astro Ria antaranya seleksi filem seperti Syif Malam Raya yang akan ditayangkan pada malam raya iaitu 12 Mei dan pada hari raya pertama (13 Mei), anda bakal dihidangkan dengan filem arahan YouTuber terkenal, Syahmi Syazli menerusi karya sulungnya iaitu Mael Totey The Movie serta MeleTOP Raya kelolaaan Nabil Ahmad.

Tidak ketinggalan anda juga bakal disajikan dengan Big Stage Konsert Dominasi BBNU yang akan bersiaran pada hari raya ketiga (15 Mei), Gegar Vaganza Raya dan The Masked Singer Malaysia Reunion pada hari raya keempat.

Selain itu, sambutan hari raya pada tahun ini turut dimeriahkan dengan dua lagu baharu iaitu Aidilfitri Lembaran Baru nyanyian Syamel, Ernie Zakri, Ruffedge, Ara Johari, Masya Masyitah dan Usop serta Lebaran Telah Tiba yang dialunkan oleh barisan penyanyi seperti Ernie Zakri, Sufi Rashid, Amira Othman, Irfan Harris, Timah dan Yuka Kharisma.

Kedua-dua lagu tersebut merupakan hasil ciptaan bersama komposer S. Atan dan penulis lirik Siso.

Selain pelbagai program menarik, Astro turut memperkenalkan aplikasi interaktif, ‘augmented reality’ Jom Balik Kampung Rumah Astro Raya.

Barisan duta Buka Lembaran Baharu Astro Raya.

Ia bagi mengembalikan kenangan pulang berhari raya ke kampung halaman memandangkan ramai daripada kita yang menetap di ibu kota tidak dapat bersama-sama meraikan hari lebaran ini dengan keluarga di kampung.

Jom Balik Kampung Rumah Astro Raya membawa anda menjelajah ke kampung halaman bersama tiga duta Buka Lembaran Baharu iaitu Alif Satar, Elly Mazlein dan Cik B. bagi mengubati kerinduan anda terhadap suasana Aidilfitri di kampung halaman yang serba kehijauan.

Jangan lupa sambil-sambil makan ketupat, lemang dan rendang jangan lupa untuk menonton program-program menarik di Astro!

Bersama kita buka lembaran baharu sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini.

TONTON VIDEO IKLAN SINGKAP SEBALIK TINGKAP

Artikel Lain