suria

Noraniza Idris sedih tak dapat beraya dengan cucu kerana PKP, merajuk sampai batal tempahan baju raya!

Noraniza sedih tak dapat beraya bersama cucu perempuan sulungnya.

HANCUR harapan penyanyi Noraniza Idris untuk berkumpul dan beraya bersama semua anak dan cucu perempuan sulungnya apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Haji Idris mengakui dia berasa terlalu sedih dan merajuk hati apabila anak-anak dan cucu tidak bersamanya pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris dah jadi nenek, anak sulung timang ‘baby girl’ - “Panggil Umi tau, tak nak nanny la... tua sungguh rasanya”

"Memang sedih... rasa down sangat. Boleh kata, saya merajuk dan protes dalam diri sendiri. Tahun ini, tahun tak beraya bagi saya. Baju raya dah pun saya dah batalkan tempahan dan tak nak masak untuk raya.



Noraniza bersama anak sulung dan menantunya.

"Sebelum PKP diumumkan, saya memang rancang nak berkumpul dengan anak-anak untuk beraya. Ikutkan, saya rancang nak tempah kondominium seminggu sebelum raya.

"Dah la, tahun ini kali pertama saya akan beraya dengan cucu perempuan. Macam-macam saya berangan nak masak untuk anak-anak. Bila tiba-tiba PKP ini, hancur harapan saya.

"Anak-anak pula tinggal di Kuala Lumpur, saya dan suami di Semenyih... memang lain daerah. Memang sangat sedih sebab pertama kali raya berdua sahaja dengan suami," kata Noraniza kepada mStar.

Sebelum ini, ratu irama Malaysia ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Aliff Haiqal menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Hannah pada 23 Mac lalu.

Ikutkan, saya rancang nak tempah kondominium seminggu sebelum raya.

NORANIZA IDRIS

PENYANYI

Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri bermula Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Manakala smua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuatkuasa 10 Mei sehingga 6 Jun ini.

Dalam pada itu, Noraniza bersyukur apabila dapat merakam lagu dan video muzik (MV) Cinta Lebaran nyanyian bersama penyanyi Ihab Ismail dan Azmir Ariff.



Gandingan Noraniza bersama Ihab dan Azmir menerusi lagu Cinta Lebaran.

Selain itu, penyanyi berusia 53 tahun ini juga bakal mengeluarkan program Ria Aidilfitri yang memaparkan aktiviti kerja amalnya sepanjang Ramadan di saluran YouTube miliknya, Noraniza Idris TV pada Rabu dan Khamis.

"Nasib baik la sebelum PKP diumumkan, saya dah selesaikan rakam lagu raya dan program untuk Noraniza Idris TV. Untuk lagu raya kali ini, saya masih mengekalkan original muzik namun hanya tukar penyanyi duet sahaja.

"Kalau sebelum ini, saya duet dengan Akasia tapi kali ini Cinta Lebaran, saya duet dengan dua penyanyi lelaki. Seronok dapat bekerjasama dengan Ihab dan Azmir.

"Mereka banyak memberi idea dalam lagu tersebut. Manakala untuk MV pula, idea untuk konsep itu memang datang daripada saya. Alhamdulillah... semuanya selesai sebelum Ramadan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain