suria

Sheila Rusly tunjuk bukti SPP, kecewa Finas tak buat ‘homework’ - “Kami tak langgar undang-undang, kenapa serang production saya”

Sheila Rusly menafikan curi-curi shooting.

DAKWAAN kononnya penggambaran drama Roti Cicah Susu terbitan syarikat milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly dibuat tanpa Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) adalah tidak benar.

Menurut Sheila, 50, dia kecewa apabila SPP dijadikan isu apabila pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia mengarahkan kerja penggambaran dramanya di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Ipoh, dihentikan pada 12 Oktober lalu.

Tampil menjelaskan lanjut tentang SPP, Sheila berkata syarikatnya sudah memiliki sijil berkenaan yang dikeluarkan Finas menerusi surat bertarikh 30 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ungkit hubungan retak dengan Janna Nick, Sheila Rusly bagi amaran keras! - “Jangan sampai saya buka cerita, tak cukup kain nak tutup muka nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly maafkan netizen caci, maki dirinya gara-gara jadi opah jahat - “Tau produksi kau, tapi tak semestinya semua kepala kau sentuh!”

"Saya tak langgar undang-undang atau curi-curi buat penggambaran.

"Jadi kenapa serang production saya? Pergi cari produksi yang buat penggambaran tak ikut SOP, guna pekerja atau pelakon yang tak lengkap vaksin.

"Kenapa cari saya yang ikut SOP, ikut undang-undang. Saya tak buat kerja kotor, saya kecewa dengan Finas," katanya kepada mStar.

Berdasarkan salinan surat yang dikongsikan di Instagram, SPP bagi penggambaran drama Roti Cicah Susu itu berkuatkuasa dari 30 September hingga 18 November depan.

Kenapa cari saya yang ikut SOP, ikut undang-undang. Saya tak buat kerja kotor, saya kecewa dengan Finas

SHEILA RUSLY

PENERBIT

Sebelum ini Sheila dan suaminya yang juga pengarah Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya meluahkan rasa kesal apabila wakil Finas didakwa menuduh syarikat penerbitan mereka tidak memiliki SPP.

Tambah Sheila, Finas sepatutnya membuat semakan rekod terlebih dulu sama ada syarikatnya mempunyai SPP atau tidak dan bukannya mengambil tindakan hingga menjejaskan reputasi.

Sheia Rusly terkilan dengan tindakan FINAS.

"Bukan nak menambah masalah, sepatutnya sebelum menabur fitnah buat la sedikit homework sama ada produksi saya ada SPP atau tak... boleh je tanya staff saya.

"Of course isu ini mencalarkan imej saya apabila kami tak dapat masuk ke PTTC.

"Saya mengharapkan Finas sebagai badan yang dilantik khas dapat memudahkan dan membantu kami menerbitkan drama yang berkualiti tanpa ada masalah macam ni," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Sheila Rusli, FINAS, JS Picture, SPP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan