suria

Sheila Rusly maafkan netizen caci, maki dirinya gara-gara jadi opah jahat - “Tau produksi kau, tapi tak semestinya semua kepala kau sentuh!”

Netizen marah dengan watak Opah Aminah lakonan Sheily menerusi drama Bukan Gadis Biasa.

GARA-GARA melakonkan watak sebagai opah yang bersikap jahat menerusi drama Bukan Gadis Biasa, pelakon dan pengarah Sheila Rusly menerima mesej dan komen kecaman daripada netizen di Instagram.

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan geram dengan lakonan Sheila, 49, sehingga ada yang menghantar mesej yang keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly undur diri kecewa dengan industri, jangan bagi anugerah selepas meninggal dunia - “Saya sedia diboikot atau proposal dicampak dalam tong sampah”

"Tau la ni produksi kau, Sheila Rusli, tapi tak semestinya kau kena gunakan semua kepala orang kau sentuh. Kau main kepala ya Sheila Rusly.

Antara komen yang diterima Sheila.

"Saya rasa nak tumbuk sis sekarang.

"Ayah saya sis Sheila Rusly, dia kata kenapa budak itu tak ludah saja kat nenek dia tu.

"Woi anj***. Si** punya nenek tua," antara komen dan mesej daripada netizen kepada Sheila.

Isteri kepada pengarah Azman Yahya atau Jinggo itu turut memuat naik paparan skrin mesej dan komen kecaman netizen terhadap watak lakonanya itu.

Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.

Menerusi ruang komen tersebut, ramai antara netizen dan selebriti memuji lakonan Sheila yang menjadi sehingga membuatkan penonton berasa marah.

Dalam pada itu, Sheila menerusi kapsyen di foto tersebut memberitahu dia sudah memaafkan sesiapa saja yang tidak dapat membezakan antara realiti dan lakonan.

Bagaimanapun, Sheila turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya membawa watak sebagai Opah Aminah yang dibenci penonton.

"Sis dah maafkan mereka yang tak boleh bezakan antara realiti dan fantasi. Apa-apa pun sis bersyukur sebab berjaya buat anda semua benci opah Aminah," katanya.

Drama tersebut yang dibintangi oleh Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Chacha Maembong, Ozlynn dan ramai lagi itu mula ditayangkan pada Khamis lalu di Slot Akasia TV3.

Artikel Lain