suria

Siti Nordiana ingatkan jangan keluar kenyataan tidak berasas, ganggu prosiding kes saman fitnah - “Saya siap sedia jadi saksi plaintif pertama”

Hakim saran Siti Nordiana dan lima sekawan bincang cara baik.

JANGAN keluarkan sebarang kenyataan hingga boleh mengganggu prosiding, demikian tegas penyanyi Siti Nordiana kepada semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes saman fitnahnya ke atas lima individu.

Menurut Siti Nordiana, 37, kenyataan tidak berasas dikhuatiri akan menjejaskan perbicaraan yang dijadual diadakan pada 20 Oktober depan.

"Nana sendiri hadir dan bersiap sedia untuk dipanggil sebagai saksi pertama plaintif. Setelah mendengar perbincangan semua pihak, hakim menyarankan pihak-pihak untuk cuba menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hakim saran Siti Nordiana dan lima sekawan bincang cara baik, peguam defendan setuju - “Mereka pernah berkawan”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkilan difitnah... Siti Nordiana tetap sayang persahabatan dengan Syura dan Lan Solo - “Kami lalui susah senang bersama”

"Nana juga ingin menegaskan agar tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan menyeleweng sehingga kes ini diputuskan oleh mahkamah.

"Ia agar tidak mengganggu prosiding perbicaraan penuh yang akan dijalankan sekiranya penyelesaian gagal dicapai," katanya menerusi kenyataan kepada mStar pada petang Jumaat.

1242803

Hakim menyarankan plaitif dan defendan mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Menerusi prosiding yang berlangsung pada pagi Jumaat, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan menyarankan plaintif dan defendan mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut membabitkan mereka.

Selain Siti Nordiana, kelima-lima defenden termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, dan Syura Badron Zuraidah Badron, 35 turut hadir pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian itu.

Hadir sama ialah tiga defenden lain iaitu isteri Lan, Nur Sheila Hassim, 36; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43; serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42.

Lan Solo dan isterinya Sheila serta Syura diwakili peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak.

Nana juga ingin menegaskan agar tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan menyeleweng sehingga kes ini diputuskan oleh mahkamah

SITI NORDIANA

PENYANYI

Manakala Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli mewakili Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G.

Pada 30 Julai lalu, Siti Nordiana menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates memfailkan saman terhadap lima individu berkenaan atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain