CABARAN guru masa kini bukan sahaja perlu berdepan dengan sikap pelajar, malah kerenah ibu bapa yang ada kalanya menyukarkan tugas mereka mendidik anak-anak.Seorang guru meluahkan rasa kecewa selepas ditengking oleh ibu bapa seorang murid di pagar sekolah gara-gara menahan anak mereka ketika waktu rehat kerana tidak menyiapkan tugasan. Menurut guru itu, murid berkenaan sepatutnya mengambil serius peperiksaan MPT4, namun didakwa hanya termenung dan tidak menyiapkan kerja sepanjang sesi pembelajaran.Setiap guru sentiasa mengharapkan anak-anak muridnya dapat memahami subjek yang diajar. -Gambar hiasan AI"Saya tahan anak dia rehat sebab kerja tak siap. Mak ayah dia tengking saya depan guru, murid dan pengawal keselamatan."Saya hanya mampu mengangguk dan tergamam. Seawal 7 pagi kejadian tu. Tengking dan marah tau bukan lemah lembut," katanya. Menyangka perkara itu sudah selesai, guru berkenaan terkejut apabila ibu bapa terbabit kembali ke sekolah sekitar pukul 9 pagi untuk memastikan anak mereka dapat makan.Malah, ibu bapa itu turut mengadu kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mengenai tindakannya yang tidak membenarkan anak mereka berehat.ARTIKEL BERKAITAN: Guru digertak, mak WhatsApp hantar kad peguam lepas diberitahu anak kaki ponteng bakal dapat surat amaran!ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu terkedu diludah murid, bangkit isu batas kesabaran seorang guru... Jika terus berlembut, bimbang salah hantar mesej kepada pelajar"Saya tahu tindakan saya salah. Sebab itu, ketika ditengking di pagar sekolah, saya tidak melawan dan hanya mengangguk sebagai tanda mengakui kesilapan."Guru HEM kemudian memanggil saya dan meminta saya berjumpa dengan ibu bapa itu sekali lagi."Saya akur dan memohon maaf atas kesilapan saya di hadapan mereka. Kami berbincang selama kira-kira sejam," katanya.Bagaimanapun, guru itu mengakui emosinya terganggu kerana masa rehatnya turut terjejas, malah dia tidak sempat menjamah makanan kerana perlu meneruskan tugas mengajar dan menggantikan kelas lain.Guru mendakwa ditengking ibu bapa murid seawal pukul 7 pagi.Murid ditahan berehat kerana tidak menyiapkan tugasan.Ibu bapa kembali ke sekolah dan mengadu kepada pihak pentadbiran.Guru memohon maaf selepas berbincang dengan ibu bapa selama kira-kira sejam.Netizen mengingatkan guru supaya tidak menahan murid ketika waktu rehat.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, tindakan menahan murid daripada berehat bukan bertujuan menghukum, sebaliknya mahu memastikan pelajar itu memberikan perhatian dan tidak membiarkan kertas peperiksaan kosong.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menasihatkannya jangan sesekali menahan murid semasa rehat."Waktu rehat dan waktu balik jangan tahan murid ya. Saya dulu kena tahan waktu balik, bayangkan tertinggal van sekolah. Masa tu saya sekolah rendah. Bahaya."Ada murid tak sarapan pagi, waktu rehat adalah waktu dia dapat makan. Khuatir murid masuk angin dan muntah," komen warga maya.