suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru sekali luah penat, suami perli tentang wanita tak boleh dikahwini dalam Islam! Cabar isteri keluar bekerja, tawar diri jaga bayi

Menjaga anak kecil seorang diri sememangnya mencabar dari segi mental dan fizikal. -Gambar hiasan AI

MENJALANI kehidupan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai cahaya mata.

Situasi menjadi semakin mencabar apabila seorang ibu yang baharu menimang cahaya mata terpaksa menguruskan anak kecil bersendirian ketika suami berada jauh atas tuntutan pekerjaan.

Dalam keadaan sebegitu, semestinya perhatian dan pengertian daripada pasangan amat diperlukan bagi menguatkan semangat mendepani cabaran yang menguji fizikal dan mental.

Namun malang bagi seorang wanita apabila luahannya bukan saja diperlekeh suami, malah lelaki berkenaan mengungkit pengorbanan dilakukan untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga. 

"Saya first time mother, duduk dengan keluarga mentua. Hubungan jarak jauh dengan suami. Bayi saya baru lima bulan.

Wanita bergelar suri rumah cenderung untuk 'burn out' jika menguruskan urusan rumah tangga bersendirian. -Gambar hiasan AI

"Suami kali terakhir balik bulan Julai lalu, dia dapat cuti seminggu. Sebelum itu, dua bulan sekali balik, cuti dua tiga hari saja," katanya tanpa memperincikan pekerjaan suaminya.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, urusan menjaga bayi dipikulnya sendiri dan hanya dibantu keluarga mentua sekali sekala. 

Tidak berniat mengeluh apatah lagi memberontak, wanita itu tidak menyangka luahan rasa penatnya mengundang rasa tidak puas hati suami.

"Selama lima bulan jaga baby, itu pertama kali saya cakap letih," ujarnya.

Wanita itu berkata dia tidak menjangka suaminya akan mengeluarkan kata-kata yang menggores hati dengan membandingkan tanggungjawab mereka serta mengaitkan luahan tersebut dengan soal agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami PJJ mengadu penat hadap perangai isteri tak bersyukur... Jumpa hujung minggu pun kena berleter, asyik suruh pesan ‘food delivery’

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Housemate’ PJJ dengan suami tergamak bawa pulang BF, skandal pun laki orang! Wanita enggan bersubahat, pilih keluar dari rumah sewa

"Orang cari rezeki untuk keluarga... kau jaga dia saja, aku bagi duit tapi masih nak samakan.

"So kalau kau pergi kerja, meh aku jaga dia. Deal? Kau pergi cari kerja, dapat kerja aku berhenti... meh aku jaga budak tu.

"Kau tengok ciri-ciri perempuan tak boleh dikahwini dalam Islam," demikian balasan mesej suaminya sebagaimana yang dikongsikan di dalam hantaran di Threads.

Jelasnya lagi, dia hanya meluahkan rasa penat selepas sekian lama menguruskan bayi seorang diri dan tidak berniat lebih daripada itu.

"Salah atau berdosa ke kalau saya cakap saya pun letih? Memang kalau cakap letih itu terus tergolong dalam ciri-ciri perempuan yang tak boleh kahwin dalam Islam?" soalnya meminta pandangan netizen. 

  • Seorang wanita yang menjalani PJJ terpaksa menguruskan bayi berusia lima bulan seorang diri.
  • Suaminya jarang pulang kerana tuntutan pekerjaan dan hanya balik setiap dua bulan.
  • Wanita itu mendakwa suaminya mengeluarkan kata-kata mengguris hati selepas dia meluahkan rasa penat.
  • Dia menegaskan luahan itu bukan untuk membandingkan pengorbanan dengan suami.
  • Perkongsian tersebut mengundang simpati dan sokongan daripada netizen.

Perkongsian itu mengundang simpati warga maya dengan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut. 

"Duduk dengan mentua pula. Nak lepak-lepak tak boleh. Masak, kemas rumah, urus kain baju. Takkan nak goyang kaki kan? Mesti la penat, bukan setakat jaga anak je.

"Sepatah cakap, 10 patah dia balas. Macam dia sorang je yang terpaling penat. 

"Dia dah tengok belum ciri-ciri lelaki yang tak patut jadi suami? Cakap kasar satu hal, ego tinggi satu hal," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain