ADA segelintir individu gemar mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain tanpa ada rasa bersalah.Seorang lelaki berasa dirinya tertipu selepas jirannya meminta bantuan memotong rumput di tiga lot tanah kosong sempena majlis perkahwinan anaknya. Menurut lelaki itu, jirannya itu bukannya meminta pertolongan secara percuma tetapi menawarkan bayaran namun tidak disebut jumlahnya."Jiran aku minta tolong mesin rumput tiga lot tanah kosong. Hujung minggu ini anak dia kenduri kahwin.Tugas memotong rumput memenatkan, lebih-lebih lagi di kawasan yang luas. -Gambar hiasan AI"Dalam kepala aku, dapat RM200 atau RM300 jadilah. Kira jiran-jiran, kalau ada apa-apa hal boleh tolong," katanya.Bagaimanapun, dia terkejut apabila hanya menerima bayaran sebanyak RM70 selepas sebahagian kerjanya diselesaikan.Jelasnya, walaupun jirannya itu tidak pernah menjanjikan bayaran tertentu namun upah diberikan tidak setimpal dengan bebanan kerja dilakukan."Sekali dia hulur RM70. Ada baki lagi suku kawasan yang aku tak mesin. Majlis dah nak dekat, nak aku palau ke macam mana?" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak kahwin, mak pula keliling kampung minta tajaan... Wanita panas hati ibu sering jadi ‘target’ pinjam duit jiran muka tembok!ARTIKEL BERKAITAN: “Nak suruh panjat bumbung ke?“ - Jiran sakit mata tengok anak perempuan asyik pakai gaun, bimbang jadi ‘girly‘ dan manjaMenurutnya, dia turut mendapatkan gambaran mengenai kadar upah semasa bagi kerja memotong rumput untuk tiga lot tanah berkenaan.Situasi itu membuatkan lelaki terbabit berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan kerja atau berhenti setakat itu."Aku tanya dekat ChatGPT berapa kalau ikut harga semasa untuk tiga lot rumah. ChatGPT jawab dalam RM900 ke RM1,200 tak lari."Rohingya potong rumput dekat kawasan rumah je dah RM50. Lelaki diminta jiran memotong rumput di tiga lot tanah kosong.Dia menyangka bakal menerima upah sekitar RM200 hingga RM300.Namun, jiran hanya membayar RM70 selepas sebahagian kerja dilakukan.Lelaki itu mendakwa masih ada kira-kira suku kawasan belum dipotong.Netizen menyarankan kadar upah dipersetujui terlebih dahulu bagi mengelak salah faham.Ringkasan ini dijana oleh AI“Dilema nak cakap. Kalau cakap, nanti dilabel pula dengan jiran pun berkira. Tak sambung baki, takut pula dicanang satu kampung," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang meminta lelaki tersebut agar berterus-terang dengan jiran berkenaan upah diberikan."Ikut caj yang sebenar. Kalau nak sedekah nanti masa kenduri beli la apa-apa bagi dekat dia."Aku paling benci orang macam ini... Kau minta tolong guna tenaga dan perkhidmatan orang, jadi jangan sesuka hati letak harga," antara komen warga maya.