suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pandai-pandai la hidup” - Petugas unit kecemasan hospital kerajaan didakwa biadab, acuh tak acuh layan waris pesakit jantung

Layanan segelintir petugas hospital menyebabkan ada pesakit dan waris tersinggung. -Gambar hiasan AI

UMUM sedia maklum mengenai kesibukan hospital kerajaan, namun seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima layanan kurang menyenangkan ketika bertanyakan perkembangan kesihatan ibunya yang sedang menerima rawatan.

Cerita wanita itu, ibunya dibawa ke bahagian kecemasan sebuah hospital selepas mengalami serangan jantung kira-kira pukul 6 pagi.

Menurutnya, selepas hampir 12 jam menunggu, dia bertanya kepada petugas mengenai kekosongan katil dan tempoh menunggu kerana mahu mengetahui keadaan ibunya.

Hospital kerajaan bukan sahaja menjadi pilihan utama orang tempatan tetapi juga warga asing. -Gambar hiasan AI

Hospital kerajaan bukan sahaja menjadi pilihan utama orang tempatan tetapi juga warga asing. -Gambar hiasan AI

"Saya rasa normal sebagai anak untuk bertanya apa perkembangan dan sama ada ada katil kosong memandangkan sudah hampir 12 jam menunggu.

"Saya langsung tidak menekan atau marah ketika bertanya," terangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat hospital sengaja ‘skip’ giliran wanita bertudung labuh, panggil jumpa doktor lepas dua jam setengah tunggu!

ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng sekolah sebab bangun lewat, ibu tak tahu malu minta MC sampai dua hari! Doktor kecewa anak diajar menipu

Memandangkan tempoh menunggu agak lama, wanita ini kemudian bertanyakan mengenai alternatif lain sama ada ibunya boleh dibawa pulang untuk berehat di rumah serta mendapatkan bekalan ubat.

Namun dakwanya, petugas berkenaan hanya menjawab dengan nada acuh tak acuh.

"Dia boleh kata... ada orang dari semalam dah tunggu," kata wanita itu mengimbas tentang situasi berkenaan. 

Meskipun menerima jawapan sedemikian, wanita itu mendakwa dia masih bertanyakan soalan dengan sopan sekiranya ibunya dibenarkan pulang berehat jika katil masih belum ada.

"Pandai-pandai la hidup," jawab petugas berkenaan.

Kecewa dengan respons yang diberikan, wanita tersebut menegaskan dia sangat memahami situasi hospital kerajaan yang sentiasa padat, namun terkilan dengan sikap yang ditunjukkan.

"Saya faham hospital kerajaan memang dah 'nazak', tapi anda semua rasa ini ke layanan atau kelakuan yang kita patut dapat?

"Sikit pun saya tak kurang ajar ketika bertanya," katanya.

Dalam perkembangan sama, wanita itu menjelaskan bahawa ketika membuat perkongsian berkenaan, dia tidak mengetahui petugas terbabit merupakan pembantu perawatan.

  • Ibu seorang wanita dibawa ke hospital selepas kena serangan jantung.
  • Hampir 12 jam menunggu katil namun masih belum ada sebarang perkembangan.
  • Petugas didakwa jawab dengan nada kasar memaklumkan masih ada pesakit lain tunggu lebih lama.
  • Wanita itu kemudiannya memilih untuk buat laporan SISPAA.
  • Doktor pelatih tampil beri penjelasan dan tidak bersetuju dengan sikap petugas terbabit.

Katanya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas kembali ke hospital untuk mendapatkan butiran petugas berkenaan bagi tujuan membuat laporan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Perkongsian itu menarik perhatian seorang doktor pelatih yang mengaku bertugas di hospital sama.

"Dia tak patut cakap dengan nada macam tu. Saya faham perasaan puan, tapi kalau ada serangan jantung memang kita tak bagi balik sebab ada risiko untuk dapat serangan kedua atau komplikasi lain.

"Kalau nak juga balik atau di hantar ke hospital lain, kena tandatangan borang yang sepatutnya dia terangkan kepada puan supaya puan maklum dengan pilihan yang ada.

"Selain memang kena tunggu lama untuk katil, harap urusan puan dipermudahkan," katanya.

Artikel Lain