suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Orang dah tak mahu jangan dipaksa” - Suami reda isteri minta cerai lepas harta habis dijual demi kos bedah jantung anak

Lelaki yang bertanggungjawab akan berusaha keras untuk keluarganya. -Gambar hiasan AI

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, seorang bapa diuji dengan dugaan yang amat berat apabila isterinya meminta perpisahan sebaik sahaja dia kehabisan harta benda demi membiayai pembedahan jantung anak mereka.

Mengakui sudah tidak kuat berdepan ujian itu, lelaki berusia 34 tahun ini mengakui fikiran dan jiwanya kini terganggu apabila mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil.

Meluahkan kesedihan di hati, lelaki itu berkata situasi yang dialami itu berlaku selepas dia menjual segala harta benda sehingga hanya tinggal sehelai sepinggang.

"Aku dah berjuang macam-macam, jual segala harta benda yang aku ada. Kini aku dah tak ada apa-apa, sehelai sepinggang saja," luahnya di Thread memulakan cerita.

Perselisihan faham antara suami isteri boleh berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan AI

Perselisihan faham antara suami isteri boleh berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, masalah kewangan kritikal itu berpunca daripada kos pembedahan jantung anaknya yang memerlukan belanja besar.

Justeru dia sama sekali tidak menyangka isterinya tergamak meminta cerai ketika mereka sedang berdepan fasa paling sukar dalam hidup.

Malah ketika hantaran itu dibuat, dia mendedahkan baru sahaja pulang dari pejabat agama bagi urusan berkenaan.

"Anak aku jalani pembedahan jantung, orang dah tak mahu jangan dipaksa.

  • Bapa berusia 34 tahun menjual segala harta demi pembedahan jantung anak sehingga tinggal sehelai sepinggang.
  • Ketika berdepan kekangan kewangan, dia diuji pula apabila isteri meminta cerai.
  • Lelaki itu bagaimanapun tidak memperincikan punca sebenar isteri menuntut cerai.
  • Dia mengakui tidak kuat menghadapi dugaan.
  • Netizen menitipkan doa dan kata semangat supaya dia tabah serta memberi tumpuan kepada anak-anak.

"Aku tak kuat. Aku fikir anak-anak aku yang masih kecil lagi," tambahnya sambil menitipkan pesanan supaya lelaki bergelar suami terus berjuang demi keluarga hingga akhir hayat.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak memperincikan secara khusus punca utama di sebalik tuntutan cerai berkenaan mahupun status terkini rumah tangganya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan meminta dia bersabar dengan dugaan yang dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal minta cerai, cemburu bekas suami bahagia bersama orang baharu... Fikiran toksik muncul, anggap lelaki cepat ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Usung bayi 48 hari naik mahkamah syariah, isteri nekad minta cerai lepas dituduh jadi punca nafkah mentua terputus

"Tengah susah, isteri pun tambah susah, walhal dia boleh beri sokongan sebab dialah sinar cahaya. Aku doakan kau kuat.

"Semoga Allah kuatkan kau. Benda ni bukan sebab kau tak rancang dan banyakkan duit daripada awal tapi sebab memang Allah nak uji.

"Takziah bang, berdamailah dengan takdir dan fokus kepada anak-anak sahaja," demikian reaksi  netizen.

Artikel Lain