suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudahlah tak solat, mengaji al-Quran pun kena lapor! Siswi kecewa sikap penghuni kolej sesama Muslim

Menjaga solat lima waktu adalah kewajipan bagi setiap Muslim. -Gambar hiasan AI

BAGI mereka yang pertama kali tinggal berjauhan dengan keluarga demi menuntut ilmu, berdepan pelbagai kejutan budaya  di alam kolej sememangnya satu cabaran yang tidak dapat dielakkan.

Pada fasa inilah golongan pelajar bakal mengenali serta tinggal bersama rakan-rakan baharu yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perwatakan.

Meskipun ada kejutan budaya yang membawa nilai positif, realitinya masyarakat kerap didedahkan dengan kisah-kisah yang kurang menyenangkan.

Membaca al-Quran merupakan amalan mulia yang dituntut dalam Islam. -Gambar hiasan AI

Itulah pengalaman pahit yang terpaksa ditelan seorang gadis apabila mendakwa kesemua rakan serumahnya langsung tidak menunaikan solat, meskipun kesemuanya beragama Islam.

Menurut gadis berkenaan, sikap rakan-rakannya itu menjadi antara ujian terberat yang terpaksa dihadapinya sepanjang dua tahun menetap di rumah sewa tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘culture shock’ ramai wanita tak bertudung di universiti, teguran tentang aurat dibalas sindiran - “Kau orang negeri miskin, jangan menyibuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak kampung kena kejutan budaya! Terkejut pergaulan bebas di kampus, pelajar bertudung selamba pegang tangan lelaki

"Rakan serumah langsung tak solat. Dalam rumah itu ada 10 orang, tapi sepanjang dua tahun saya duduk di sana, seorang pun saya tak pernah nampak solat... padahal semuanya beragama Islam," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Bukan itu sahaja, gadis itu mendakwa rakan-rakan serumahnya turut membuat aduan kepada pihak pengurusan kolej hanya kerana dia membaca al-Quran pada waktu malam.

"Siap report dekat pihak atasan kata saya mengaji bising setiap malam. Padahal suara saya berbisik-bisik sahaja sebab takut ganggu orang," ujarnya.

  • Seorang gadis berkongsi kejutan budaya dialaminya ketika mula tinggal di kolej.
  • Kesemua 10 rakan serumahnya beragama Islam didapati langsung tidak solat.
  • Dia juga dilaporkan kepada pihak atasan kolej hanya kerana membaca al-Quran pada waktu malam.
  • Dia kemudiannya mengambil keputusan berpindah keluar dari rumah tersebut.
  • Gadis itu turut terpaksa berulang-alik sejauh 43 kilometer setiap hari demi menghadiri kuliah.

Susulan itu, pengadu berkata, dia kemudiannya mengambil keputusan berpindah keluar dan menumpang di rumah neneknya di kampung.

Ekoran tindakan itu, dia perlu berulang-alik sejauh 43 kilometer setiap hari demi menghadiri kuliah di kolej.

"Stres hidup dengan orang tak solat. Aku doakan semoga mereka semua dapat hidayah" tulisnya mengakhiri luahan.

Artikel Lain