Individu yang pertama kali berhijrah ke tempat baru biasanya akan berdepan situasi kejutan budaya. -Gambar hiasan AI
BERHIJRAH ke tempat baharu boleh membuatkan seseorang mengalami kejutan disebabkan budaya dan cara hidup berbeza.Seperti kisah dikongsi lelaki ini, dia mengalami kejutan budaya selepas melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Selatan tanah air. Dia yang berasal dari Pantai Timur bukan sahaja perlu beradaptasi dengan suasana baharu tetapi terkejut apabila mendapati ramai wanita beragama Islam di negeri itu tidak memakai tudung.Menurutnya, situasi tersebut agak berbeza dengan suasana di negeri kelahirannya yang disifatkan lebih sinonim dengan imej wanita bertudung.Ramai wanita bertudung dan menutup aurat dalam budaya harian di Pantai Timur. -Gambar hiasan AI“Culture shock aku bila datang sambung belajar di Johor, ramai perempuan dekat sini tidak pakai tudung."Mereka anggap itu perkara biasa, tak boleh paksa-paksa pakai tudung. Padahal menutup aurat itu wajib," katanya.Cerita pemuda itu, dia juga terkejut apabila salah seorang rakan wanita menegur rakan sekelas yang tidak bertudung disindir agak tidak mencampuri urusan peribadinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak tutup aurat” - Wanita berang lelaki terjah surau perempuan tanpa rasa bersalah, alasan nak panggil pasanganARTIKEL BERKAITAN: Suami izin kerja di Pantai Timur, isteri menggatal dengan laki lain! Mujur housemate tak berahsia, dedah setiap malam giat buat aktiviti bersamaTambahnya, situasi itu cukup berbeza di Terengganu apabila teguran sekiranya ternampak ada wanita tidak menutup aurat dianggap normal dan berniat baik."Dia tegur secara peribadi dengan ayat yang lembut tapi perempuan itu jawab kau orang negeri miskin, tak payah menyibuk ajar aku pakai tudung. Buat hal masing-masing."Kau tak apa la putih, cantik, sesuai pakai tudung. Aku ini gelap, muka Jawa. Tak pakai tudung baru nampak cantik di mata lelaki," ujarnya mengimbau kata-kata wanita tersebut.Pemuda terkejut melihat ramai wanita tidak bertudung ketika belajar di Johor.Dia mendakwa situasi itu berbeza dengan budaya di Pantai Timur.Perkongsiannya tular selepas rakannya didakwa ditegur kasar mengenai soal tudung.Netizen menganggap pemuda itu tidak sepatutnya cepat menghukum orang lain.Isu aurat dan budaya negeri mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berpandangan pemuda itu tidak seharusnya cepat menjatuhkan hukum kepada orang lain."Kejutan budaya yang sebenar bukan tengok orang tak bertudung tapi rasa 'normal' untuk hukum seseorang kerana penampilannya."Yang kejutan budaya itu setahu aku orang Pantai Timur, masa dekast kampung 'bertutup' tapi sampai Kuala Lumpur habis 'terbang'," antara komen netizen.