suria

Bebas Covid-19, Aliff Syukri rancang keluar lagu selepas ramai kata rindu... Nekad menyanyi walau isteri tak suka

Aliff nekad mahu keluarkan lagu selepas menerima permintaan ramai peminat.

DEMI memenuhi permintaan peminat yang mahu dia terus menyanyi, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyuarakan hasrat untuk tampil dengan lagu baharu tidak lama lagi.

Aliff, 35, bagaimanapun berkata impiannya itu mungkin sukar untuk direalisasikan kerana mendapat tentangan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

"Ramai sangat mesej kata rindu dengan suara saya dan mahu saya keluar dengan lagu baharu, sejujurnya saya tak nak kecewakan mereka, jadi saya rasa perlu untuk ada satu lagi lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ibu Aliff Syukri ‘sound’ berlakon nazak, isteri pula positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkejut dakwaan hantar staf sendiri bida aset Sajat - “Saya dah tua, tak nak kontroversi dah”

"Nampaknya semua orang dah boleh menerima kehadiran saya sebagai penyanyi dan kata suara saya sedap, rugi jika bakat tu dibuang begitu sahaja... mungkin sebab itu mereka minta saya menyanyi lagi.

"Cuma cabaran sekarang ini saya kena pujuk isteri dahulu. Dia tak suka saya menyanyi lagi, dia memang halang! Tapi saya tak kisah la kalau dia nak marah saya menyanyi pun," katanya kepada mStar.

aliff 2

Aliff tetap mahu menyanyi walau dihalang isteri.

Aliff sebelum ini pernah tampil dengan lima buah lagu antaranya Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur, Cowok Baru, Biar Apa Orang Kata dan Coba Bahagia.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia enggan lagi terpalit dengan kontroversi kerana bimbang dengan kecaman netizen.

Sepanjang berada di hospital itu memang saya ingat kematian dan bimbang jika umur tak panjang!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

"Saya memang nak sangat menyanyi sebab saya pun sedar suara saya sedap tapi dalam masa sama saya takut dengan kontroversi.

"Saya ni dah tua kalau boleh nak hidup tenang-tenang sahaja tanpa sebarang isu lagi sebab itulah kebelakangan ini saya agak mendiamkan diri kerana tak mahu lagi ada apa-apa kontroversi. Bagilah peluang kepada orang baharu pula," ujarnya.

aliff 3

Aliff masuk hospital kerana jangkitan Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Aliff memaklumkan kesihatannya semakin baik selepas bebas daripada jangkitan Covid-19.

"Saya dibenarkan keluar hospital sejak Isnin lalu... walaupun ada yang kata saya buat gimik, saya nak jelaskan semula saya memang berdepan simptom teruk semasa dijangkiti Covid-19.

"Syukur Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Sepanjang berada di hospital itu memang saya ingat kematian dan bimbang jika umur tak panjang," katanya.

Pada 29 Disember tahun lalu, Aliff memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 tahap tiga sekembali bercuti dari Turki.

Perkongsiannya itu mengundang persoalan ramai tentang kesahihannya dan ada menganggap ia hanyalah gimik dan content media sosial.

Malah, ibunya Rozita Ibrahim turut menegur anaknya itu yang dilabel sebagai 'raja viral' kerana menjaja tentang isu kesihatan bagi meraih simpati ramai.

Selain Aliff, isterinya Nur Shahida turut positif Covid-19 dan kini masih dalam tempoh kuarantin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia