suria

“Jangan ambil kesempatan atas musibah orang!” – Zehra Zambri mengamuk akaun palsu sebar fitnah

Zehra bengang akaun TikTok muncul burukkan dirinya.

PENYANYI Zehra Zambri berang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk membuka akaun TikTok palsu.

Lebih mengundang kemarahan, Zehra, 38, berkata akaun tersebut juga menjaja kisah rumah tangganya bersama bekas suami demi mendapatkan populariti.

"Siapa manusia disebalik akaun TikTok bernama saya ini? Tolong jangan pergunakan kisah peribadi saya untuk kepentingan kau.

Zehra harap netizen tidak terpedaya.

"Jangan ambil kesempatan atas musibah orang. Kali ini aku memang tersangat marah!," katanya.

Zehra berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.

Tambah Zehra, individu berkenaan dipercayai memuat naik kenyataan fitnah sehingga menyebabkan dirinya menerima kecaman netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Badan menggigil takut, tidak dinafkahi selayaknya... Zehra Zambri kongsi luahan ujian hidup

Malah dia juga tidak pasti punca individu bertindak sedemikian namun berharap orang ramai membantunya untuk menyekat akaun tersebut.

"Apa motif nak menyamar jadi aku ini? Lepas itu konten semua tentang kenyataan fitnah bekas suami aku.

"Netizen yang tak cerdik percaya benda tak sahih terus caci hina aku! Sudah-sudahlah, aku dah letih ni. Bantu saya report akaun TikTok ini," luahnya.

Zehra dan bekas suami bercerai pada 20 Ogos lalu.

Pada Ogos lalu, Zehra dan bekas suami iaitu Mohd Iqwan disahkan bercerai talak satu melalui talak raj’ie.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Zehra juga pernah berkahwin buat kali pertama dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama enam bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain