suria

Netizen terpukau kelunakan suara Noorkhiriah, dedah pernah sertai Sinaran Pasport Kegemilangan

Bakat nyanyian yang dimiliki Noorkhiriah (kanan) mendapat perhatian ramai.

PELAKON Noorkhiriah mengejutkan peminat apabila pernah menyertai program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 2001.

Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, berkata, menerusi penyertaan itu dia berjaya mendapat tempat kedua dalam persembahan mingguan. 

Namun begitu, aktres berkenaan mengakui rezekinya lebih berpihak dalam bidang lakonan berbanding nyanyian. 

Perkongsian Noorkhiriah di Instastory miliknya.

Perkongsian Noorkhiriah di Instastory miliknya.

"Kisahnya bermula pada 21 Disember 2001 saya pernah menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan dan dapat nombor dua sebagai pemenang mingguan. Waktu itu saya menjalani sesi uji bakat di Selayang Mall. 

"Tapi rezeki saya lebih berpihak kepada bidang lakonan. Bila dikaji oleh ahli makmal sains akak lebih sesuai jadi pelakon," katanya. 

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak bersentuhan undang rasa kurang senang penonton, Noorkhiriah akui kesilapan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Masa singkat nak ‘kunyah’ dialog, Noorkhiriah puji Didi Astillah hidupkan roh ‘Rubiah’

Perkongsian ini dibuat dipercayai selepas video dia menyanyikan lagu Layar Impian bersama penyanyi Lan Solo tular di media sosial. 

Mengimbau kembali kenangan menyertai program realiti tersebut, pelakon drama Nur ini berkata dia pernah memenangi hadiah berupa sebuah vakum, jam tangan dan sejumlah wang tunai yang terpaksa dibawa pulang menaiki bas awam. 

Kata Noorkhiriah, itulah antara kegigihan yang dilalui sebelum bergelar anak seni. 

Masa saya menang Sinaran, hadiahnya vakum, jam tangan dan duit. Bawa balik naik bas mini.

NOORKHIRIAH

PELAKON

"Nyanyian hanya setakat kenduri-kenduri kahwin dan tak boleh berkembang. Suara pun kalau tak pantau bunyi macam itik dan kadang-kadang macam tersepit pintu," ujarnya. 

Sementara itu, bercakap soal kebolehannya dalam bidang nyanyian, Noorkhiriah secara jujur mengakui dia hanya sesuai menyanyi dalam persembahan santai termasuk di majlis kenduri kahwin memandangkan suaranya bukan dalam kategori profesional. 

"Tapi bolehlah kalau nak suruh menyanyi satu dua lagu sambil bayangkan bukan penyanyi sebenar. Begitulah kisahnya. Nama pun anak seni, kenalah cuba semua.

Noorkhiriah menjadi artis jemputan dalam program Suka Suka Karok bersama Lan (kiri).

Noorkhiriah menjadi artis jemputan dalam program Suka Suka Karok bersama Lan (kiri).

"Masa saya menang Sinaran, hadiahnya vakum, jam tangan dan duit. Bawa balik naik bas mini. Struggle is real tapi itulah kehidupan," katanya. 

Sebelum ini, Noorkhiriah muncul sebagai artis jemputan dalam video Suka Suka Karoks yang dimuat naik di saluran YouTube milik Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, pada Jumaat. 

Video nyanyian Noorkhiriah berjaya mendapat perhatian ramai termasuk ada yang memuji kelunakan vokal aktres berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain