suria

Kandungan paranormal bukan murah, Bosswan dan Syafiq Sahli sanggup berhabis… Kini intai bidang baharu

Bosswan dan Syafiq mahu cipta lebih banyak kandungan di TikTok.

PENYANYI dan pempengaruh media sosial, Syafiq Sahli bersama rakan kolaborasinya, Bosswan menolak tanggapan segelintir pihak bahawa kerjaya sebagai pencipta kandungan TikTok tidak menjanjikan masa depan yang cerah.

Menurut Bosswan yang juga bekas peserta Raise The Star, masih ada pihak memandang rendah platform tersebut sedangkan industri hiburan digital kini bernilai tinggi.

“Kalau ia tidak mampu menjana pendapatan, sudah tentu kami tidak serius melabur masa dan tenaga. Untuk menghasilkan kandungan modal besar diperlukan.

“Sebagai contoh, bahan kandungan penerokaan paranormal memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk jelajah seluruh Malaysia.

Syafiq (kiri) dan Bosswan menolak tanggapan kerjaya pempengaruhTikTok tidak menjanjikan masa depan yang cerah.

“Malah kami juga ada perancangan ke Jepun, khususnya Hutan Aokigahara yang kosnya boleh mencecah RM100,000,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani pelantikan mereka sebagai duta Empire Reka cawangan Klang, baru-baru ini.

Sementara itu, Syafiq menjelaskan walaupun ramai melihat penstriman langsung sekadar hiburan hakikatnya terdapat kos besar yang perlu ditanggung.

“Hasil daripada ‘gift’ TikTok hanya menampung kira-kira 40 peratus sahaja, selebihnya kami perlu cari sumber lain.

“Tetapi prinsip kami jelas, tidak gunakan duit perniagaan lain untuk tampung kandungan. Kami asingkan siap-siap simpanan peribadi, simpanan bisnes serta simpanan khas untuk kandungan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Demi maruah dan agama, Syaffiq Sahli tolak filem ada babak cium walau produksi sanggup bayar mahal

ARTIKEL BERKAITAN:Botak kepala demi watak ‘Jihad’, pelakon Syaffiq Sahli reda terpaksa lepaskan dua tawaran drama lain

Mengulas dakwaan kerjaya TikTok tidak menjanjikan masa depan, kedua-duanya menegaskan ia berpunca daripada kegagalan sesetengah pihak menyusun strategi.

Mengulas mengenai pelantikan sebagai duta dan pemegang saham Empire Reka, Syafiq mengakui ia sesuatu di luar jangkaan kerana mereka tidak pernah terbabit dalam perniagaan perabot.

“Asalnya kami cuma buat reviu kedai di Sungai Petani, Kedah. Tak sangka akhirnya diberi kepercayaan jadi duta dan pemegang saham di Klang.

“Ia satu cabaran besar sebab bidang pemasaran bukan kepakaran kami. Bahan kandungan pula lebih kepada hiburan, jadi bila masuk pemasaran memang ambil masa. Tak boleh buat video hari ini, esok terus dapat jualan.

“Sebab itu kami setuju tandatangan kontrak setahun dulu. Kalau okey, baru teruskan,” katanya.

Syafiq (kanan) dipilih sebagai duta Empire Reka.

Ditanya sebab mereka dipilih, Syafiq tidak menolak kemungkinan pemilik jenama berkenaan yakin dengan semangat dan disiplin mereka menghasilkan kandungan di media sosial sehingga wajah mereka kerap muncul di FYP TikTok.

“Mungkin sebab konsisten. Selain paranormal, kami pernah buat kandungan lain. Bezanya kali ini mereka benar-benar yakin dengan kami.

“Sampai sanggup bagi showroom paling besar di Empire Reka. Hasrat kami adalah mahu mendekatkan jenama ini dengan orang ramai.

“Sebenarnya ramai ingat barangan Empire Reka semua mahal, sedangkan ada pelbagai kategori. Lebih menarik, mereka ada kilang sendiri dan bukan ambil daripada pembekal luar,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain