suria

Tak perlu keluar beli barang dapur, isteri puji layanan Fizi Ali sejak hari pertama kahwin

Fizi (kanan) dipuji kerana sentiasa memudahkan urusan isteri di rumah.

SEJAK hari pertama mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali, Siti Zulaikha memberitahu suaminya itu sudah menunjukkan sisi bertanggungjawab dan prihatin terhadapnya. 

Zulaikha atau lebih mesra disapa Mamatiz berkata, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, bukan sahaja ringan tulang, malah sentiasa memudahkan urusan rumah tangga termasuk hal-hal kecil seperti membeli barangan dapur. 

"Macam inilah suami Mamatiz (panggilan Zulaikha) manjakan sejak sehari selepas lafaz nikah dulu. 

Zulaikha mendedahkan tidak lagi perlu keluar rumah untuk membeli barangan dapur.

"Daripada awal lagi, dia (Fizi) mudahkan urusan kerja saya. Dulu kalau nak beli barangan runcit kena pergi pasar raya, sekarang tak perlu keluar rumah langsung semua barang sampai terus depan pintu ya," katanya. 

Zulaikha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

Dalam pada itu, Zulaikha meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami bertanggungjawab dan berterima kasih atas segala perhatian yang diberikan dalam rumah tangga mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sepinggan rahsia kebahagiaan Fizi Ali dan isteri, seronok berebut siapa dapat dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fizi Ali tampil pertahankan suami, sedar status hanya sekadar ibu tiri Ameena

"Mamatiz cuma perlu sediakan tempat untuk letak bahan, itu saja. Betul-betul mudahkan kerja dan tanggungjawab Mamatiz. 

"Alhamdulillah untuk suami yang sentiasa memudahkan urusan kerja saya dalam apa juga keadaan. 

"Terima kasih, kepada suami saya, saya sayang awak," ujarnya. 

Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha bernikah pada 23 Oktober 2023.

Zulaikha (kiri) bersyukur kerana dikurniakan seorang suami bertanggungjawab.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nurraisya Sofea yang kini berusia setahun. 

Sebelum itu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofea, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain