suria

Makan sepinggan rahsia kebahagiaan Fizi Ali dan isteri, seronok berebut siapa dapat dulu

Fizi (kiri) berkongsi rahsia kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri.

PENYAMPAI radio Fizi Ali berkongsi rahsia kebahagiaan rumah tangga dengan menikmati makan sepinggan bersama isteri iaitu Siti Zulaikha. 

Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, tindakan yang dilakukan itu dapat merapatkan lagi hubungan mereka selain menikmati masa berkualiti bersama. 

“Bila anak-anak berehat dekat bilik masing-masing, inilah masanya dapat kongsi momen sama-sama. 

Makan bersama menjadi rutin harian bagi Fizi dan isteri.

“Seronok makan berebut siapa dapat dulu, siapa mengalah dulu. Tapi itulah yang merapatkan lagi hubungan,” katanya. 

Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Selasa. 

Dalam hantaran yang di muat naik, Fizi memuat naik video memaparkan momen dia dan isteri menikmati makanan mi segera bersama-sama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fizi Ali tampil pertahankan suami, sedar status hanya sekadar ibu tiri Ameena

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali minta bekas isteri selesai pertikaian fasal anak di mahkamah, bukan media sosial

Fizi dan Zulaikha juga dilihat sempat bergurau senda sambil menyuapkan makanan pada pasangan masing-masing. 

Kata Fizi,  selama ini mereka makan di atas pinggan sama kerana ingin menjimatkan kegunaan pinggan namun kini sudah menjadi rutin kebiasaan sewaktu menjamu selera.

“Makan berkongsi macam ini (berkongsi) mula-mula sebab nak jimat pinggan sekarang jadi kebiasaan pula,” ujarnya. 

Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha atau lebih mesra disapa Mama Tiz bernikah pada 23 Oktober 2023.

Fizi dan Zulaikha bernikah pada 23 Oktober 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan iaitu Nurraisya Sofea yang kini berusia setahun. 

Sebelum itu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaity Ameena Sofea, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain