suria

Sedar diri tidak sempurna, Zynakal jaga batas pergaulan

Zynakal elak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

KETIKA isu penyanyi dan pelakon ditahan polis kerana mencabul gadis bawah umur hangat diperkatakan, penyanyi Zynakal meluahkan rasa risau jika diduga kontroversi serupa atau perkara negatif lain pada masa mendatang. 

Sedar diri tidak sempurna, Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, 27, memberitahu jika situasi sama berlaku padanya, ini bermakna Allah SWT mahu menguji hamba-Nya sebagai tanda peringatan.

“Sudah tentu saya risau sebab saya sedar diri sendiri pun tak sempurna. Saya tak terlepas buat kesilapan. 

Zynakal jaga batas pergaulan.

“Tapi kalau kejadian itu berlaku pada saya, mungkin waktu itu Allah nak tunjukkan perangai sebenar saya sebab kadang-kadang sebagai manusia kita tak lari daripada buat silap,” katanya kepada mStar.

Zynakal berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis sidang media konsert Hype Republic yang diadakan di St Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama, Zynakal mengakui pernah lupa diri ketika namanya berada di puncak.

Justeru, Zynakal mula menjaga batas pergaulan lebih-lebih lagi dengan orang sekeliling agar tidak terjerumus dengan perkara tidak bermoral. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal kebal kena ‘face shaming’, setuju komen netizen tentang wajahnya… “Terima kasih ingatkan saya bukan Zayn Malik”

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal sedih pakcik OKU kena belasah, nak peluk bagi semangat

“Saya pernah ada pengalaman lupa diri. Waktu  itu saya rasa ada segalanya, namun saya cepat sedar dan cari cara untuk mengatasi ujian itu. 

“Bukanlah nak cakap saya dah matang tapi mungkin sejak dah meningkat dewasa ini saya dah mula jaga batas pergaulan dengan orang sekeliling,” ujarnya.

Sebelum ini pada 3 Jun lalu, seorang penyanyi dan pelakon popular ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor.

Zynakal semasa di sidang media konsert Hype Republic.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Dalam perkembangan lain, Zynakal bakal beraksi dalam Konsert Hype Republic yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 13 Disember depan.

Selain Zynakal, artis lain yang turut membuat persembahan ialah Kmy Kmo, Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Bunga Isme, Zubir Khan, KOI dan seorang lagi penyanyi yang tidak didedahkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain