KISAH seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dengan masalah mental dibelasah beberapa individu mengundang simpati penyanyi Zynakal. Zyn atau Muhammad Raziq Rosli, 26, berkata, jika diberi peluang dia mahu berjumpa dengan mangsa berusia 47 tahun itu untuk memberikan kata-kata semangat. Dalam hal ini, Zyn juga berpendapat masih ada masyarakat yang tidak memahami situasi yang dilalui individu berdepan masalah mental kerana keadaan fizikal mereka kelihatan sempurna. Tangkap layar menunjukkan kejadian ketika mangsa dipukul orang awam. "Kejam sikitlah. Aku tengok orang sekarang sampai tahap macam itu tak tahulah tapi kalau aku dapat jumpa pakcik itu, aku hanya nak peluk dan cakap 'tak mengapa pakcik, pakcik kuat. "Tak ramai orang yang tahu masalah mental kerana masih ramai yang tidak faham. Jadi bila aku tengok pakcik itu, ya nampak sihat boleh bekerja tapi daripada segi percakapan dan pemikiran kadang-kadang kita bukan tak waras, nama pun penyakit," katanya. Zyn berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal tahan sakit, tak sanggup jahit luka di lutut... “Ini kemalangan kali kedua, cedera bahagian sama” ARTIKEL BERKAITAN: Peminat letak harapan tinggi lagu Sakit ke AJL35, Zynakal ‘overthinking’ hingga mental terganggu - “Patut aku happy ke sedih” Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakit ini tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata dan mendoakan agar mangsa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan serta digantikan dengan rezeki lebih baik. "Saya harap pakcik sihat, boleh kerja semula. Saya jauh, saya tak dapat nak jumpa pakcik tapi semoga pakcik baik-baik ya. "Saya doakan pakcik teruskan kehidupan, insya-Allah ada rezeki yang lebih baik datang dekat pakcik," ujarnya. Zyn mendoakan agar mangsa dapat meneruskan kehidupan lebih baik. Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan mangsa diseret di atas jalan serta ditendang di bahagian badan dan kepala mengakibatkan kecederaan pada muka. Ketegangan dikatakan bermula apabila mangsa yang menunggang motosikal melanggar sebuah gerai di pasar tani di Chukai, Terengganu sehingga menyebabkan barangan jualan bertaburan. Pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!