SELEPAS hampir lima tahun kehilangan suami, Nor Hidayah masih tidak lupa menitipkan ucapan hari lahir buat arwah Abam yang diraikan pada 19 Januari lalu. Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 33, berkata rasa cintanya terhadap Abam masih utuh meskipun mereka kini di dua dunia berbeza. "Selamat hari lahir suamiku tersayang, genap umurmu 37 tahun. Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta sayang pada abang masih seperti dulu," katanya. Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Hidayah memberitahu kasih sayang terjalin antara dia dan suami dikuatkan lagi dengan kehadiran cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada lelaki mahu berkenalan tapi Hidayah masih belum boleh lupakan arwah Abam ARTIKEL BERKAITAN: “Simpanlah kenangan bersama pasangan banyak-banyak”... Hidayah ‘throwback’ video karaoke bersama arwah Abam, ingatan sempena hari lahir "Pengikat cinta kita anak kita, Syed Uthman Hamzah (anak) al-Fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar (suami),” ujarnya. Untuk rekod, Hidayah dan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017. Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!