suria

Bukan kekasih imaginasi, Johan As'ari betul-betul nak kahwin tahun ini

Johan ambil pendekatan rahsiakan wajah kekasih.

SEMBILAN tahun menyulam cinta, tidak sekalipun pelakon Johan As'ari mendedahkan wajah atau identiti sebenar kekasih yang dikenali sebagai Miss N sehingga ada menganggap dia hanya berimaginasi.

Menerima secara terbuka setiap pandangan orang ramai, Johan atau Johan Ariff As'ari, 39, juga menegaskan wanita tersebut benar-benar wujud.

Malah dia juga memohon doa orang ramai untuk terus mendoakan hubungan mereka berjaya melangkah ke fasa seterusnya.

johan 2

Johan belum sedia kongsi identiti kekasih.

"Biarlah apa orang nak cakap tentang saya. Saya hanya harap mereka fikir baik-baik sahaja. Saya tidak berimaginasi dan bukan seperti digambarkan.

"Cuma saya tidak selesa untuk kongsikan perkara yang belum terjadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Johan mengulas perkara tersebut selepas dia baru-baru ini sekali lagi meluahkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan wanita asal Perlis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As'ari sedia kahwini wanita Perlis, mohon doa untuk berumah tangga dimakbulkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya seperti dilupakan” - Johan As’ari rasa terpinggir kerana kurang publisiti, terpaksa ikut trend semasa bagi promosi diri

Disebabkan ia sering menjadi bualan, ramai menganggap pelakon ini sekadar bercakap kosong tanpa membuktikan kisah cinta sebenar.

Baginya dia enggan pengalaman sebelum ini berulang kembali sekiranya terlalu kerap berkongsi kisah peribadi.

"Pengalaman mendewasakan kita. Sebelum ini dah banyak kisah saya nak kawhin dengan wanita lain, namun semuanya tidak menjadi.

Saya cemburu melihat rakan-rakan lain bahagia

JOHAN AS'ARI

PELAKON

“Sebab itu kali ini saya ambil pendekatan merahsiakan.Saya bimbang jika hubungan ini tidak menjadi akan memberi kesan kepada dia.

"Harapan saya tahun ini memang mahu menamatkan zaman bujang. Cuma bukanlah dalam masa terdekat. Jika sudah tiba masanya nanti saya akan kongsi.

"Melihat rakan-rakan yang sudah berkeluarga, saya juga rasa sedia ke arah itu. Saya cemburu melihat rakan-rakan lain bahagia," luahnya.

johan 3

Johan sedia galas tanggungjawab sebagai suami.

Bercakap tentang persiapan dirinya melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan, Johan akui dirinya kini lebih tenang untuk memegang status sebagai ketua keluarga.

Malah dia juga sudah sering menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan.

"Sejak awal kenal saya sudah beberapa kali beritahu untuk berkahwin. Cuma mungkin disebabkan hubungan kami jarak jauh, jadi susah untuk betul-betul merancang.

"Sekarang saya rasa lebih tenang untuk bergelar suami. Doakan saya berkahwin tahun ini," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain