suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fairuz Selamat bertahan, 8 peserta mara ke suku akhir GV11

Fairuz kekal bersaing di pentas GV11.

TIADA penyingkiran diumumkan pada konsert minggu kesembilan program Gegar Vaganza 11 (GV11) yang berlangsung pada malam Ahad.

Bagaimanapun persembahan Fairuz Selamat menerusi lagu Mirai E (Kiroro) mendapat markah paling rendah sekali gus membuatkan dia berada pada kedudukan terakhir dalam kalangan lapan peserta.

Persembahan Fairuz dianggap unik namun dilihat tidak berjaya memikat hati juri untuk memberikan markah tinggi dalam minggu ini.

gv fairuz 2

Persembahan Fairuz kurang menyerlah di minggu ke-9.

Menurut Datuk Sayfinaz Selamat sebagai juri Fairuz memberi idea yang bagus menerusi lagu bahasa Jepun itu dengan gabungan muzik Jawa.

"Saya suka dengan idea, namun untuk sesi bahasa Jepun perlu lebih dramatik.

"Awak boleh pergi lebih jauh, jangan sia-siakan peluang ini," ujarnya,

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 8 minggu, giliran Arrora Salwa tersingkir GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘tergelincir’... Illa Sabry dan Reshmonu tersingkir minggu keenam GV11

Selain persembahan solo, Fairuz turut menyampai lagu berjudul Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain) menerusi segmen duet bersama The Lima.

Sementara itu, Ning Baizura diumumkan berada pada kedudukan pertama diikuti oleh Liza Aziz ditempat kedua dan Zehra Zambri tempat ketiga.

ning 1

Ning berada di kedudukan pertama.

Keputusan minggu ini menyaksikan semua peserta layak ke peringkat suku akhir.

Selain Syafinaz barisan juri juga terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

GV11 dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain