suria

Lelaki ‘berkopiah’ dikaitkan dengan Nora Danish pernah gagal dua kali dalam perkahwinan, kad kahwin ‘M & N’ bertarikh 080925 cetus persoalan

Peminat mula mengaitkan foto kad undangan perkahwinan dengan Nora.

JEJAKA yang sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Nora Danish sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memberi gambaran seakan-akan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga semula. 

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram sebuah jenama sampin, perunding kewangan yang dikenali sebagai Mickey Ayo ini memberitahu dia masih percaya bahawa cinta itu wujud meskipun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan.

"Dua kali aku cuba, dua kali juga aku jatuh tapi aku masih percaya cinta itu pasti wujud," katanya.

Perkongsian Mickey di Instagram menarik perhatian ramai.

Perkongsian Mickey di Instagram menarik perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, Mickey juga dilihat menggayakan busana lengkap berbaju Melayu rona putih seolah-olah seperti seorang pengantin lelaki. 

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik, kapsyen yang ditulis juga mengundang spekulasi ramai apabila lelaki berkenaan turut berharap agar busana nikah yang disarungkan kali ini menjadi terakhir dalam hidupnya. 

"Ini bukan kali pertama aku sarung baju nikah, tapi aku harap kali ini jadi yang terakhir. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish didakwa bercinta, netizen petik nama duda anak dua

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto lelaki berkopiah, netizen dakwa Nora Danish jalinkan hubungan dengan jejaka bukan artis… “Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia”

"Mungkin kali ini cinta bukan yang pertama, tapi biarlah yang terakhir," tulisnya. 

Lebih menarik perhatian ramai, terdapat juga perkongsian kad undangan perkahwinan yang tertera huruf M dan N bertarikh 8 September 2025.

Ramai membuat spekulasi mengaitkan huruf N yang tertulis di kad undangan tersebut adalah Nora. 

Mickey (kiri) sebelum ini dikaitkan dengan Nora selepas foto lelaki berkopiah tular di media sosial.

Mickey (kiri) sebelum ini dikaitkan dengan Nora selepas foto lelaki berkopiah tular di media sosial.

Sebelum ini, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, seakan-akan memberi bayangan dirinya akan memulakan satu kehidupan baharu tidak lama lagi. 

Ia ekoran perkongsian foto yang diambil Nora dan terselit wajah lelaki lengkap memakai kopiah bercermin mata. 

Susulan itu, netizen pantas membuat pencarian dan mendakwa Nora sedang mengenali seorang lelaki berstatus duda yang mempunyai dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain