suria

Kongsi foto lelaki berkopiah, netizen dakwa Nora Danish jalinkan hubungan dengan jejaka bukan artis… “Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia”

Nora kongsi foto lelaki raih perhatian netizen.

SELEPAS setahun bergelar ibu tunggal, pelakon Nora Danish seakan-akab memberi bayangan dirinya akan memulakan satu kehidupan baharu tidak lama lagi.

Ia ekoran perkongsian foto yang diambil Nora sepanjang bulan Ogos dan terselit wajah lelaki sekali gus menarik perhatian peminatnya.

Menerusi foto berkenaan memperlihatkan separuh wajah seorang lelaki yang lengkap memakai kopiah dan bercermin mata.

Antara foto yang dikongsikan Nora.

"Satu bab baharu, Bismillah," kongsinya di Instagram.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu, Nora turut berkongsi perjalanan lelaki berkenaan yang dipercayai sedang mengerjakan ibadah umrah.

Bagaimanapun, Nora tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish syukur diberi kekuatan untuk padam foto tidak berhijab, usaha kekal istiqamah

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish nafi kembali bersama Jejai, tak pelik digosipkan kerana dua-dua belum berkahwin

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan menghidu kebahagiaan yang dirasai aktres itu ketika ini. 

Malah segelintir netizen membuat andaian mengenali jejaka berkenaan yang dipercayai bukan daripada industri hiburan.

"Kenapa gambar lelaki macam ku kenal? Dia ada like post Nora sebelum ini. Baru-baru ini dia pergi umrah.

Nora dan jejaka tersebut dipercayai membuat panggilan video.

"Orang biasa, bukan artis. Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia.

"Setiap gambar ada maksud dia, lembut saja dia tayang," antara komen netizen.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada  19 Jun 2024.

Antara komen netizen selepas perkongsian Nora.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu  Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008.

Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia