suria

Rakan industri minta rahsia umur, Atilia Haron bangga kini cecah 51 tahun

Atilia bangga kongsi usia sebenar.

PENYANYI Atilia Haron berkongsi pendapat bahawa usia seseorang bukanlah satu perkara yang buruk atau memalukan untuk dikongsi kepada umum. 

Menurut Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, dia pernah berdepan dengan situasa di mana seorang kenalan meminta dia merahsiakan umur sebenar sebagai seorang selebriti.

"Saya masih ingat seorang yang terkenal dalam industri hiburan pernah berkata bahawa tidak sepatutnya dedahkan umur. Itu semua mengarut. 

Atilia kongsi pandangan soal usia. 

"Kenapa perlu sembunyikan sesuatu yang menunjukkan perkembangan, pengalaman, dan keyakinan diri? Saya suka berkongsi umur kerana percaya ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain," katanya. 

Atilia menulis perkara tersebut dalam hantaran di laman Threads miliknya pada Sabtu. 

Tambah penyanyi ini usia juga melambangkan kematangan seseorang serta pengalaman yang telah dilalui. 

ARTIKEL BERKAITAN: Atilia Haron belum terfikir tentang kahwin, seronok hidup single 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati bakat kurang dapat perhatian, Indonesia lebih hargai Atilia Haron

"Umur bukan rahsia, ia adalah bukti bahawa kita telah hidup, belajar, dan berkembang. Berhenti untuk diskriminasi umur untuk cara kita meraikan kehidupan," luahnya. 

Bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 15 September ini, Atilia juga berpendapat personaliti setiap individu tidak boleh dinilai hanya berlandaskan usia. 

Bagi Atilia usia bukan kayu ukur untuk menilai seseorang. 

"Kebijaksanaan bukan diukur daripada umur semata-mata. Hormat seseorang berdasarkan siapa mereka, bukan tahun kelahiran. 

"Umur cuma nombor, bukan ciri personaliti," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain