suria

Botak kepala demi watak ‘Jihad’, pelakon Syaffiq Sahli reda terpaksa lepaskan dua tawaran drama lain

Syaffiq botakkan kepala demi menjayakan watak sebagai Jihad.

GARA-GARA membuat keputusan membotakkan kepala, pelakon drama Syaffiq Sahli berkata dia reda melepaskan tawaran dua buah telefilem.

Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, imej botak itu dilakukan demi menjayakan watak dalam telefilem berjudul Jihad arahan pengarah Md Idris untuk siaran RTM.

"Pada awalnya, pengarah tidak sarankan saya untuk botakkan kepala walaupun menurut skrip memang watak saya itu memerlukan saya berimej begitu.

"Kata pengarah, nanti kasihan saya susah untuk teruskan komitmen dengan lakonan drama lain. Kalau ikutkan, ada dua buah naskhah yang telah saya sudah setuju untuk terlibat.

Memang ralat bila terpaksa tolak ‘job’ lain. Tapi demi watak Jihad ini, saya perlu buat pengorbanan ini.

SYAFFIQ SAHLI

PELAKON

"Satu untuk drama slot Akasia dan satu lagi telefilem. Tetapi, bila saya teliti betul-betul karektor Jihad ini memang klimaksnya ialah botak kepala.

"Memang ralat bila terpaksa tolak ‘job’ lain. Tapi demi watak Jihad ini, saya perlu buat pengorbanan ini," katanya kepada mStar.

Tambah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini, dia membawa watak sebagai pesakit kanser otak dalam telefilem itu.

Pertama kali memegang watak sedemikian, Syaffiq mengakui ia merupakan naskhah paling berat pernah dilakukan sepanjang sembilan tahun dalam bidang lakonan.

Syaffiq 1

Syaffiq membawa watak sebagai pesakit kanser otak.

"Dalam telefilem ini, Jihad dipaparkan sebagai seorang pesakit kanser otak, namun menyembunyikan penyakitnya itu daripada pengetahuan ayah angkatnya yang juga merupakan seorang pesakit kanser paru-paru.

"Harus saya akui, ini merupakan naskhah paling berat yang saya pernah terima sepanjang sembilan tahun bergelar anak seni.

"Jadi, atas dasar menjiwai watak dan mahu lakonan mampu memberi kesan kepada penonton, saya tak kisah pun untuk membotakkan kepala," katanya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea