suria

Rumah Mark Adam di Filipina rosak dibadai Taufan Rai… Syukur keluarga selamat, tanya khabar setiap hari

Kediaman keluarga Mark Adam di Filipina alami kerosakan akibat bencana alam.

TAUFAN Rai yang membadai ganas di kebanyakan kawasan di FilIipina menimbulkan kebimbangan penyanyi Mark Adam terhadap keselamatan keluarga di sana.

Berkongsi perkembangan bencana alam itu, Mark atau nama sebenar Fikri Mark Adam Abdullah, 42, memaklumkan rumah yang didiami ibu dan adik beradiknya mengalami sedikit kerosakan akibat taufan berkenaan.

"Filipina sekarang terkesan teruk akibat taufan... Taufan Rai itu merupakan taufan terkuat pernah melanda hingga menyebabkan rumah saya mengalami kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak nanti bila dah besar saya akan belikan mak rumah” - Hasrat Mark Adam 23 tahun lalu tercapai, hadiahkan ibu banglo di Filipina

ARTIKEL BERKAITAN: Mark Adam disangka tukar kerjaya selepas tamat kontrak penyampai radio, ramai kongsi tip jadi pak guard!

"Rumah jiran sampai atap bumbung pun tercabut dan terbang dibawa taufan. Selain itu, seluruh bandar Cebu sekarang terputus bekalan elektrik, jadi mereka sangat memerlukan generator.

"Sekarang ini saya sedang usahakan untuk membantu menyediakan keperluan untuk mereka. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah ibu dan keluarga saya selamat," katanya kepada mStar.

mark 3

Mark Adam menghadiahkan rumah untuk ibunya pada tahun 2019.

Mark ditemui semasa tayangan perdana filem biografi Siti: Are You Ready? yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Sementara itu, Mark memberitahu dia sentiasa bertanya khabar dengan keluarga setiap hari bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai bencana di kawasan mereka.

Meskipun keadaan sudah sedikit reda, Mark berkata ramai penduduk mengalami kerugian dan kerosakan harta benda yang teruk.

Kalau kita ada kemampuan bantulah walaupun sedikit. Mendoakan juga merupakan salah satu bentuk bantuan

MARK ADAM

PENYANYI

"Setiap hari kakak saya maklumkan perkembangan di sana menerusi panggilan video... buat masa ini kos kerugian akibat bencana masih belum diketahui lagi.

"Rumah yang keluarga saya tinggal itu merupakan rumah baharu yang saya belikan pada tahun 2019 lalu, jadi kawalan keselamatan di kawasan itu sangat baik.

mark 2

Mark Adam dan isteri turun padang bantu mangsa banjir di Lembah Klang.

"Sebenarnya dah lama saya nak balik kampung tapi masih belum berkesempatan lagi kerana belum ada penerbangan terus ke sana dan terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi," ujarnya.

Turut bersimpati dengan nasib mangsa banjir di beberapa negeri di Malaysia, penyanyi lagu Marry Me ini mendoakan agar urusan mereka yang terkesan dipermudahkan.

"Bukan sahaja orang di Filipina, saya juga mendoakan mereka yang terkesan banjir di sini dipermudahkan urusan dan terus tabah berdepan ujian ini.

"Kalau kita ada kemampuan bantulah walaupun sedikit. Mendoakan juga merupakan salah satu bentuk bantuan," katanya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain