suria

Isteri David Arumugam meninggal dunia akibat kanser

Tinggal kenangan... David bersama isterinya, Sabrina.

ISTERI kepada penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam iaitu Datin Sabrina Clydes menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis.

Berita duka itu disahkan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave.

Menurut DJ Dave, mendiang yang kini berusia 65 tahun menghidap penyakit kanser sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Batuk Dialami David Arumugam Tidak Pulih Sejak 20 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: David Arumugam Mahu Terus Menyanyi

"Saya ada terima panggilan telefon daripada David pagi tadi memaklumkan isterinya meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi.

David isteri

David bersama isteri tercinta.

"Apa yang saya tahu isterinya menghidap kanser sejak empat tahun lalu," katanya.

mStar sedang berusaha mendapatkan butiran lanjut daripada penyanyi yang popular menerusi lagu Andainya Aku Pergi Dulu ini.

Untuk rekod, David kehilangan adiknya yang juga anggota Alleycats iaitu Loganathan Arumugam akibat kanser paru-paru pada 2007.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain