suria

David Arumugam Mahu Terus Menyanyi

Datuk David Arumugam. - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON
Datuk David Arumugam. - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON
Datuk David Arumugam. - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Datuk David Arumugam yang juga anggota kumpulan Alleycats tidak pernah terfikir untuk bersara dari industri muzik dan akan terus menyanyi sehingga terdaya.

Katanya, ini kerana muzik adalah suatu yang cukup istimewa buat dirinya.

"Sekiranya anda menyukai muzik, anda tidak mungkin memikirkan untuk bersara.

"Kenapa? Apabila anda menyanyi setiap hari, anda membuat pendengar berasa gembira. Satu-satunya sebab saya mengundurkan diri ialah saya terjatuh. Ya, terjatuh dan tidak dapat menyanyi lagi," kata David kepada mStar Online, Isnin.

David Arumugam yang bergaya rambut Afro ditemui semasa menghadiri majlis pengumuman Konsert AMBANG 2011 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay di sini, baru-baru ini.

Ditanya apa yang mendorongnya untuk terus menyanyi, David berkata, dia mempunyai peminatnya yang tua mahupun muda.

Katanya, sesetengah peminat mendidik anak-anak mereka untuk mendengar semua genre muzik kumpulan itu.

"Itulah sebab saya masih menyanyi sehingga hari ini," jelasnya yang telah berusia 60 tahun.

Sementara itu, David sedang juga sedang berusaha untuk mengeluarkan single serta album dengan kerjasama artis muda.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti artis-artis muda tersebut.

"Saya tengah tukar konsep lagu untuk memenuhi citarasa generasi muda. Yang pastinya ia mempunyai pelbagai elemen kejutan.

"Tidak lama lagi, peminat boleh menghayatinya melalui youtube di internet," katanya yang akan bercuti di Pulau Pinang selama tiga hari.

Artikel Sebelum

Syafie Naswip Bosan Watak Klise

Artikel Berikut

Artikel Lain