suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johhny Depp Kagum Sikap Angelina Jolie

Johnny Depp
Johnny Depp
Johnny Depp

LONDON: Pelakon Johnny Depp mengakui bimbang untuk bekerjasama dengan pasangannya Angelina Jolie dalam filem The Tourist pada awalnya.

Bagaimanapun, persepsi itu berubah selepas bersemuka dan mengenali kekasih kepada Brad Pitt itu secara lebih dekat.

Depp menyifatkan sikap yang dimiliki oleh Jolie sama seperti insan biasa dan bukannya seorang selebriti besar.

"Perkara yang paling mengagumkan tentang Angelina adalah sifat normal yang dimilikinya sama seperti orang lain. Selepas mengenalinya lebih dekat, saya sangat kagum dengan sikap itu.

"Menyedari hakikat betapa besarnya nama Angelina dan Brad yang sentiasa menjadi buruan media, saya sebenarnya tidak dapat menafikan betapa dia adalah seorang insan dan ibu yang baik," katanya yang dipetik contactmusic.com

Artikel Berikut

Artikel Lain