suria

Will Smith, Mark Wahlberg Ditawar RM3 Juta Untuk Bertinju

Will Smith
Will Smith
Will Smith

WASHINGTON: Seorang promoter sukan tinju dilaporkan telah menawarkan AS$1 juta (RM 3.133 juta) kepada dua pelakon popular iaitu Will Smith dan Mark Wahlberg untuk bertarung di dalam acara perlawanan tinju selebriti.

Idea itu tercetus kerana kedua-dua pelakon berkenaan pernah muncul dalam filem bertemakan sukan tinju sebelum ini.

Wahlberg muncul dalam filem terbaru The Fighter sementara Smith pula pernah menggalas watak peninju Muhammad Ali dalam filem yang diterbitkan pada 2001 itu.

Menurut kertas kerja yang dikeluarkan oleh Damon Feldman daripada Persekutuan Tinju Hollywood, kedua-dua bintang itu perlu bertinju selama seminit dalam tiga pusingan.

"Kami tidak fikir mereka (Smith dan Wahlberg) akan bertarung secara melampau atau keterlaluan.

"Kami cuma berharap mereka sudi menerima tawaran ini dan memeriahkan acara yang telah dirancang," katanya yang dipetik Radaronline.com.

Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu masih belum memberikan sebarang kata putus.

Artikel Sebelum

Syafie Naswip Bosan Watak Klise

Artikel Berikut

Artikel Lain