suria

Madonna Cari Penyanyi 'Gila'

Madonna
Madonna
Madonna

LONDON: Penyanyi Madonna, 51, dilaporkan sedang mencari calon penyanyi yang paling 'gila' untuk bekerjasama dalam album terbarunya.

Menurut laporan contactmusic.com, penyanyi itu dilaporkan sudah tidak sabar lagi untuk kembali ke studio bagi memulakan proses rakaman album terbarunya.

"Saya perlu menuju ke depan. Saya perlukan aktiviti yang penuh bertenaga. Saya perlu menghasilkan muzik baru, sesuatu yang boleh buat saya menari dan aktif.

"Oleh itu, saya perlu mencari sesiapa saja yang benar-benar 'gila' untuk bekerjasama dalam album berikutnya," katanya yang dipetik daripada kemaskini mesej di laman Facebooknya.

Album terakhir penyanyi itu, Hard Candy dipasarkan pada 2008.

Artikel Berikut

Artikel Lain