suria

Hafiz Hamidun simpan dulu gambar umrah, hormati mangsa banjir

Hafiz berhati-hati kongsi foto umrah di media sosial miliknya.

BIMBANG menyinggung perasaan mangsa banjir, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk tidak memuat naik perkongsian semasa dia mengerjakan ibadah umrah di Kota Makkah.

Memahami ramai yang terkesan akibat bencana alam itu, Hafiz, 37, berkata dia memilih untuk bersama-sama bersolidariti dengan memberikan kata-kata semangat menerusi media sosial miliknya.

"Semasa hari kedua saya di sana, saya nampak ramai berkongsi mengenai banjir di laman sosial... sebelum itu saya ada la kongsi dua, tiga gambar dan video di masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun saran artis ‘trademark’ nama... takut ada pihak ambil kesempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun tak fokus cari cinta, ‘plan’ bersara cecah usia 40 tahun

"Melihat keadaan banjir yang teruk saya berpendapat lebih baik saya simpan dulu gambar-gambar yang saya rakam di sana. Walaupun kita buat umrah bukan bertujuan nak post di media sosial tetapi kadang-kadang kita rasa nak juga kongsi apa yang menarik di sana.

hafis 3

Hafiz menunaikan ibadah umrah sendirian.

"Bagi menghormati mereka yang terlibat dengan banjir ini, saya secara peribadi ambil keputusan untuk tidak kongsi apa-apa mengenai umrah buat masa ini.

"Kalau ada orang lain nak post percutian mereka itu hak peribadi masing-masing," katanya kepada mStar.

Saya sentiasa mendoakan semoga mereka yang diuji dengan banjir ini kuat berdepan ujian dan segala diurus dipermudahkan

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

Penyanyi lagu Kasih Padamu ini berangkat ke Arab Saudi pada 16 Disember lalu bagi mengerjakan ibadah umrah bersendirian selama lima hari dan tiba di Malaysia pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Hafiz meluahkan rasa syukur ibadahnya kali ini dipermudahkan dan sempat menitipkan doa buat rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana.

hafis 2

Hafiz berada di Arab Saudi selama lima hari.

"Alhamdulillah selesai buat umrah dan sudah selamat pulang. Saya berada di sana hanya lima hari sahaja.

"Sekarang sudah berada di Malaysia, buat masa ini saya hanya mampu memberikan bantuan dari segi luaran sebab tak boleh nak ke lokasi membantu mangsa kerana menjalani kuarantin.

"Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan semoga mereka yang diuji dengan banjir ini kuat berdepan ujian dan segala diurus dipermudahkan," ujarnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain