suria

Hafiz Hamidun saran artis ‘trademark’ nama… takut ada pihak ambil kesempatan - “Mereka untung berjuta, kita dapat apa?”

Hafiz lega kes saman syarikat tekstil hampir selesai.

SUSULAN kes eksploitasi nama ‘Hafiz Hamidun’ oleh sebuah gedung fabrik sekitar empat tahun lalu, penyanyi Hafiz Hamidun menyarankan kepada selebriti dan individu ternama supaya mendaftar nama mereka sebagai tanda dagang (trademark) di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menurut Hafiz, 37, kes itu memberi pengajaran kepada dirinya untuk lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan hal-hal berkaitan hak milik dan penjagaan nama baik.

"Hal ini boleh menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana agar nama tidak digunakan sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun saman syarikat tekstil bukan nak jadi kaya

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun tak fokus cari cinta, ‘plan’ bersara cecah usia 40 tahun - “Saya nak kurang aktiviti seni... mahu buat amal kebajikan”

"Saya bukannya nak kaya, tetapi risau kalau nama saya digunakan untuk tujuan yang tidak baik... hujung-hujung nama kita yang busuk. Mereka dapat untung berjuta tetapi saya dapat apa?

"Selepas kejadian itu, saya lebih faham mengenai pendaftaran nama dan produk. Apa yang kita buat ini demi kebaikan pada masa akan datang," katanya kepada mStar.

hafiz 2

Hafiz daftar nama bagi mengelakkan penipuan dan penggunaan tanpa kebenaran.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Afghanistan, Muslim Care di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada Februari 2017, Hafiz Hamidun memfailkan saman terhadap satu syarikat tekstil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana salah guna namanya tanpa kebenaran.

Penyanyi lagu Kasih Padamu ini meluahkan rasa lega apabila haknya dapat diperjuangkan dan menang kes saman itu pada Mei 2018.

Tindakan saman ini juga merupakan peringatan kepada syarikat lain untuk tidak menggunakan nama individu popular tanpa kebenaran!

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

Pihak syarikat mengemukakan rayuan dan menang kes di Mahkamah Rayuan pada tahun 2020.

Pada Mei 2021, Hafiz kemudiannya membawa kes ke Mahkamah Persekutuan dan kemenangan akhirnya berpihak kepadanya.

hafiz 3

Hafiz saran selebriti dan orang terkenal trademark nama.

Mahkamah menetapkan 7 Disember depan bagi memutuskan nilai tuntutan kepada pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Hafiz berkata nasihat ini diberikan kepada rakan artis kerana enggan kejadian yang sama berulang kembali.

"Saya tak mahulah benda ni berlaku pada artis lain. Mana tahu, ada yang dah terkena dan tidak ambil tindakan tapi itu terpulang kepada masing-masing.

"Selain itu, tindakan saman ini juga merupakan peringatan kepada syarikat lain untuk tidak menggunakan nama individu popular tanpa kebenaran.

"Benda boleh bawa bincang dan saya pun senang untuk bekerjasama. Apa-apa boleh hubungi saya dan berbincang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain