suria

TokTi pakai jam jutaan ringgit, netizen pula bandingkan sikap Iqbal - “Ini kita panggil orang kaya ada standard, tak mengelupur baling duit”

Jam tangan Siti Nurhaliza dianggarkan bernilai RM1 juta. VIDEO TikTok beastlab_

KEMUNCULAN Datuk Seri Siti Nurhaliza pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada malam Ahad mencuri perhatian netizen, kali ini bukan busana yang digayakan, tetapi jam tangan mewah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Menerusi perkongsian netizen menggunakan akaun Tarmizie_official di laman TikTok, jam tangan mewah berjenama Richard Mille bertali mewah serta bertatahkan berlian itu hanya dipakai oleh orang kenamaan dan selebriti antarabangsa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bekas PA Vida tak riyak tayang beli jam tangan RM550,000 - “Saya nak didik orang beli tunai, elak hutang”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal campak duit depan wartawan! Nak tunjuk dia pun kaya, tak ‘hadap’ harta Vida

Namun apa yang lebih menariknya, rata-rata netizen bukan sahaja memuji penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu yang sentiasa merendah diri biarpun bergelar jutawan, malah mengaitkan perkara itu dengan sikap bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Iqbal Zulkefli yang dikatakan sering menunjuk-nunjuk.

iqbal 1

Iqbal turut memberitahu jam tersebut salah satu kegemarannya.

"Ini yang kita panggil orang kaya ada standard, tak mengelupur baling duit, mungkin TokTi tahu menghargai rezeki Allah bagi bukan menunjuk-nunjuk.

"Ni baru orang paling kaya. Ada seorang tu OKB (orang kaya baharu), dah baling-baling duit.

"Tak perlu sebut harga macam Iqbal sebab netizen akan nilaikan sendiri. Betul cakap Micheal Ang... kau kaya jangan cakap kau kaya orang akan tahu sendiri," antara komen netizen di perkongsian TikTok.

Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit. Ini antara brand kegemaran saya.

IQBAL

AHLI PERNIAGAAN

Sementara itu, seolah-olah menyedari namanya dipetik netizen, Iqbal turut meninggalkan komen memberitahu penyanyi berkenaan sudah lama memakai jam berharga ratusan ribu ringgit.

Ahmad Iqbal terima kecaman netizen kerana tunjuk kemewahan dengan membeli jam berharga ratusan ribu ringgit.

Iqbal terima kecaman netizen kerana tunjuk kemewahan dengan membeli jam berharga ratusan ribu ringgit.

Malah, Iqbal berkata jam jenama berkenaan antara yang menjadi kegemarannya.

"Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit. Ini antara brand kegemaran saya," ujarnya.

Sebelum ini, pada 24 September lalu, video Iqbal mencampak duit dan menunjukkan koleksi jam tangan mewahnya menjadi viral di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain